KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata beliau sedang melihat dengan serius langkah-langkah perlu dilaksanakan termasuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka terus tidak hadir ketika sesi sidang Parlimen.
Johari berkata beliau perlu melaksanakan sesuatu yang lebih ketat untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili.
Beliau berkata ada cadangan termasuk daripada bekas Speaker Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof yang mahu Peraturan Mesyuarat Parlimen dipinda untuk memudah cara pelaksanaan tindakan sedemikian.
"Saya rasa ia adalah agak wajar kerana pada masa sekarang kami tidak ada peraturan itu bermakna Ahli Parlimen tidak ada kekangan melakukannya. Selepas hadir buat seketika, mereka blah, ini tidak adil, kata bekas Ahli Parlimen Gurun itu dan menambah beliau juga sedia untuk meningkatkan ketelusan dengan memuat naik rekod kedatangan Ahli Parlimen dalam laman sesawang Parlimen.
Tetapi saya perlu melihat pada aspek perundangan sama ada ia boleh atau tidak tetapi bagi saya secara peribadi sudah tentu ia wajar tetapi sekali lagi seperti saya katakan saya perlu melihat kepada mekanisme dan undang-undang termasuk Peraturan Mesyuarat sama ada ia dibenarkan atau tidak, kata beliau pada mesyuarat Kelab Concorde hari ini.
Kelab Concorde adalah sebuah perjumpaan tidak rasmi sekumpulan pengarang dan wartawan kanan dengan ahli politik dan pembuat dasar utama. Turut hadir Pengerusi Bernama yang baharu Datuk Seri Wong Chun Wai.
Pada 29 Ogos lepas, Johari dilapor mencetuskan idea untuk memotong elaun Ahli Parlimen jika mereka tidak hadir ke sesi sidang Parlimen sebagai satu langkah mencegah ketidakhadiran dalam kalangan mereka. Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat itu kadang-kadang Ahli Parlimen tidak hadir selama beberapa hari tetapi beliau tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan walaupun mereka dibayar RM500 sebagai elaun harian.
Sementara itu Johari berharap pada sidang Parlimen akan datang yang bermula pada 9 Okt akan dipenuhi dengan perbahasan dan idea berkualti untuk pembangunan negara.
"Jika anda mahu melangkah ke hadapan, anda perlu bercakap mengenai pembangunan negara, masa hadapan dan idea untuk tahun-tahun mendatang. Itulah sebenarnya yang diinginkan terhadap Ahli Parlimen kerana jika anda masih membincangkan soal isu remeh, maka kita tidak akan ke mana.
Tambahan pula, satu kajian menunjukkan golongan muda semakin berminat untuk mendengar perbahasan jadi mereka tahu apa yang berlaku di Parlimen. Maka, saya fikir adalah penting untuk menunjukkan nilai yang baik," katanya.
Mengenai rombakan kabinet, Johari berkata beliau tidak begitu mengetahuinya tetapi sememangnya menyedari bahawa tempoh pelantikan senator untuk satu atau dua menteri akan tamat tidak lama lagi, maka ini memerlukan rombakan.
"Sama ada Perdana Menteri mahu mengisi jawatan itu atau tidak, saya tidak tahu. Lagipun bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub sudah lama meninggal (dunia), dan kami perlukan seseorang untuk mengendalikan kementerian itu tanpa membebankan menteri-menteri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 06 2023
![Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen Yang Dipertua Dewan Rakyat cari jalan tangani ketidakhadiran Ahli Parlimen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696588594_JohariAbdul.jpg)
Johari berkata beliau perlu melaksanakan sesuatu yang lebih ketat untuk meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi dan kawasan parlimen yang diwakili. - Foto BERNAMA
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737013415_TBJOHARIABDUL.jpg)
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
![Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701231362_JohariAbdul.jpg)
Johari bakal terajui kepengerusian legislatif ASEAN dalam Perhimpunan Agung AIPA di Laos
Kemuncak perhimpunan agung itu akan menyaksikan Johari menyampaikan ucapan penerimaan beliau sebagai Pengerusi AIPA 2025.
![Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724237978_TBJOHARIABDUL.jpg)
Tiada masalah jika Bersatu cabar keputusan yang Dipertua Dewan Rakyat di mahkamah - Johari
Johari tidak menolak kemungkinan Bersatu mencabar keputusannya tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen dengan membawa perkara itu ke mahkamah.
![Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721295054_WanAhmadFayhsal.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal digantung enam bulan daripada hadir sidang Dewan Rakyat
Seramai 110 Ahli Parlimen bersetuju, manakala 63 tidak bersetuju dengan usul berkenaan.
![Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721192211_SyedHussinDewanR.jpg)
Buang tanda nama 'PN' pada bekas MP, Speaker minta hantar surat
Jelas Johari, sehingga kini, PN belum menghantar sebarang notis kepadanya bagi menarik paparan di skrin Dewan Rakyat mengenai status Syed Abu Hussin.
![Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720858652_tbKhaledNordin.jpg)
Keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat bukan didorong kerajaan - Mohamed Khaled
Keputusan mengekalkan kedudukan enam bekas ahli Parlimen Bersatu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tidak didorong oleh mana-mana pihak.
![Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717835286_TBzahidhamidi.jpg)
Status kekosongan kerusi enam wakil rakyat Bersatu tertakluk kepada Speaker
Ahmad Zahid berkata beliau juga menunggu keputusan yang akan dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.
![Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717511968_TBJOHARITOKYO.jpg)
Lawatan rasmi Johari perkukuh hubungan diplomatik, kerjasama Parlimen Malaysia-Jepun
Lawatan rasmi Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan delegasi Parlimen Malaysia ke Jepun dilihat berjaya memperkukuh hubungan diplomatik antara Malaysia-Jepun.
![Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61704174811_TBMASHUPORANG.jpg)
Wan Junaidi, Johari hadiri persidangan CSPOC di Uganda esok
Wan Junaidi dan Johari Abdul akan menghadiri persidangan Conference of Speakers and Presiding Officers of The Commonwealth di Uganda.
![Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61701351510_TBJohariAbdul.jpg)
Sidang Dewan Rakyat pamer tahap akauntabiliti tertinggi - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata ia dapat dilihat menerusi keberkesanan perjalanan urusan persidangan itu, sesi Kamar Khas dan fungsi setiap JKPK Dewan Rakyat.