MELAKA: Kerajaan Melaka akan membayar elaun bulanan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM402,600 setahun kepada 188 hafiz dan hafizah yang layak serta cemerlang menerusi Program Pemerkasaan Huffaz Negeri Melaka.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.
"Baki tersebut juga merupakan adalah hasil keseluruhan RM2.34 juta kutipan fidyah tahun lepas yang telah diagihkan kepada fakir miskin berdaftar di bawah MAIM.
"Dengan baki fidyah itu juga MAIM akan melaksanakan beberapa program bermanfaat kepada golongan memerlukan terutamanya kategori B40 supaya bantuan ini dapat disalurkan sebaik-baiknya, demi kemaslahatan umat Islam di negeri ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul sempena Karnival Semarak Cinta Rasul yang turut dihadiri Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil di sini hari ini.
Mengulas lanjut Rahmad berkata menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf, Zakat dan Baitulmal MAIM pada Februari lalu juga meluluskan penggunaan dana fidyah sebanyak RM400,00 bagi beberapa program.
"Antaranya sebanyak RM147,000 disalurkan kepada 170 pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk ada yang mendapat bantuan selama 10 bulan.
"Tahun ini, kita juga menggunakan peruntukan Tabung Amal Jariah Negeri Melaka dengan memberi sumbangan berupa dua unit mesin 'biolight' kepada Klinik Kesihatan Daerah Jasin dan Alor Gajah," katanya.
Beliau berkata selain itu sebanyak 10 komputer, mesin basuh dan kerusi kepada sekolah rendah agama (SRA) dan sekolah tahfiz.
Dalam pada itu beliau berkata sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun ini kerajaan negeri juga memberi pengiktirafan melalui Anugerah Khas Maulidur Rasul bagi menghargai sumbangan organisasi yang banyak menyumbang kepada kemaslahatan ummah serta urus tadbir pengurusan organisasi yang terbaik dan cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas. - Gambar hiasan
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun
Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.

Individu paling ramai pengikut di TikTok Khaby Lame dedah beragama Islam, hafal Al-Quran
Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Solat Tarawih: Larangan guna imam luar negara untuk utamakan pelajar tahfiz tempatan
Perak mempunyai 70 buah maahad tahfiz yang berdaftar, yang mempunyai ramai pelajar tahfiz antara lima hingga 30 juzuk.

UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional
Pelajar tahfiz diharap mendapat nilai tambah melalui inisiatif ini di mana mereka bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam ilmu profesional.

'Syurga buatmu, Mohamad Thaqif...'
Netizen mencadangkan agar peraturan untuk mewujudkan sekolah tahfiz diketatkan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.

Pelancaran album lambat satu strategi - Hafiz
Album kedua Hafiz Suip ataupun Hafiz "Awan Nano" juara Akademi Fantasia musim ke-7, "Luahan Hati Anak Seni" mengambil masa empat tahun sebelum dilancarkan merupakan satu strategi pemasaran.

Hafiz menang Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut
Untuk tiga tahun berturut-turut, Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)