Larangan penggunaan imam dari luar negara untuk solat sunat Tarawih memberi peluang latihan kepada para pelajar maahad tahfiz tempatan.
Perak mempunyai 70 buah maahad tahfiz yang berdaftar, yang mempunyai ramai pelajar tahfiz antara lima hingga 30 juzuk.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pengurusan surau dan masjid tidak perlu mencari orang luar untuk menjadi imam solat Tarawih.
"Kita di Perak ni, kita ada 70 maahad tahfiz yang berdaftar, jadi mungkin kita nak bertukar selera. Sesetengah masjid nak bertukar selera, ada imam-imam sepanjang sebelum Ramadan ni bukan yang hafiz, maka nak tukar selera, nak cari yang hafiz.
"Jadi kenapa kita tak mengunakan kesempatan yang ada, untuk kita menjemput pelajar-pelajar tahfiz di samping kita memberikan ruang untuk (latihan) praktikal," ujar Mohd Yusop.
Baru-baru Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah bertitah untuk tidak membenarkan imam luar negara menjadi imam solat Tarawih di negeri Perak.
Selain 70 maahad tahfiz, Jabatan Agama Islam Perak turut mempunyai 80 penuntut pengajian al-Quran peringkat diploma di Intitut Tadbiran Islam Perak (INTIM) selain yang terdapat di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).
"(Imam yang) kita jemput dari luar kadang-kadang kita tak tahu latar belakang. Kita jemput daripada Thailand, Syria, atau Libya kita pun tak tahu siapa. Kita dengar dia tu hafiz tapi kita pun tak tahu latar belakang. Maka eloklah kita utamakan produk negeri sendiri," ujar beliau.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 13 2019
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, pengurusan surau dan masjid tidak perlu mencari orang luar untuk menjadi imam solat Tarawih. - Gambar hiasan
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
188 hafiz, hafizah cemerlang di Melaka akan terima elaun keseluruhan RM402,600 setahun
Pemberian elaun itu antara program bermanfaat yang dilaksanakan MAIM menerusi baki RM1.2 juta hasil kutipan fidyah pada tahun lepas.
Individu paling ramai pengikut di TikTok Khaby Lame dedah beragama Islam, hafal Al-Quran
Lame telah mendapat sokongan daripada pengikut Islamnya selepas secara terbuka menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.
Solat Tarawih: Larangan guna imam luar negara untuk utamakan pelajar tahfiz tempatan
Perak mempunyai 70 buah maahad tahfiz yang berdaftar, yang mempunyai ramai pelajar tahfiz antara lima hingga 30 juzuk.
UiTM bakal lahir lebih ramai huffaz profesional
Pelajar tahfiz diharap mendapat nilai tambah melalui inisiatif ini di mana mereka bukan sahaja mampu menghafal al-Quran tetapi juga mahir dalam ilmu profesional.
'Syurga buatmu, Mohamad Thaqif...'
Netizen mencadangkan agar peraturan untuk mewujudkan sekolah tahfiz diketatkan untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.
Pelancaran album lambat satu strategi - Hafiz
Album kedua Hafiz Suip ataupun Hafiz "Awan Nano" juara Akademi Fantasia musim ke-7, "Luahan Hati Anak Seni" mengambil masa empat tahun sebelum dilancarkan merupakan satu strategi pemasaran.
Hafiz menang Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut
Untuk tiga tahun berturut-turut, Hafiz mengungguli kategori Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27)