GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Pulau Pinang berharap kerajaan negeri mengelakkan politik remeh dalam mendepani pandemik COVID-19 dan mencadangkan agar peruntukan yang sama rata diberikan kepada semua ADUN tanpa mengira parti.
Khaliq Mehtab Mohd Ishaq (Bersatu-Bertam) berkata peruntukan sama rata itu sangat perlu menyedari kesukaran dihadapi rakyat pada masa ini.
"Kami tujuh ADUN pembangkang negeri berharap Ketua Menteri Chow Kon Yeow boleh memberi dana akaun khas yang sama jumlah dengan Ahli-Ahli Dewan Negeri kerajaan yang lain.
"Kita perlu menghargai nyawa rakyat dan elakkan politik remeh di kala pandemik. Kami percaya kerajaan negeri prihatin terhadap rakyat tanpa mengira kawasan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 dan Usul Anggaran Pembangunan 2022 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.
Menurut Khaliq Mehtab, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari juga telah memaklumkan bahawa semua ADUN pembangkang akan diberi jumlah peruntukan yang sama dengan ADUN di pihak kerajaan manakala di peringkat Parlimen, rata-rata ahli Parlimen mendapat peruntukan yang sama.
Jumaat lepas, kerajaan Pulau Pinang membentangkan Belanjawan 2022 dengan unjuran defisit lebih tinggi pada RM449.80 juta berbanding RM403.80 juta yang dianggar bagi 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 30 2021

Khaliq Mehtab berkata peruntukan sama rata itu sangat perlu menyedari kesukaran dihadapi rakyat pada masa ini. - Gambar/ Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap
Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang.

Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.

2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

64 kes keganasan rumah tangga babitkan suami direkodkan di Pulau Pinang
Berdasarkan rekod PDRM, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.

Bekas ketua menteri perlu hormat keputusan, hala tuju kepimpinan semasa - Chow
Chow berkata, kerajaan negeri sentiasa mengamalkan sikap terbuka dalam menerima teguran dan kritikan daripada mana-mana pihak.

Hampir 4,000 penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji
Chow berkata bayaran bonus kepada 3,867 penjawat awam negeri itu akan dibuat bulan Disember ini.

DUN P. Pinang sebulat suara lulus usul nyatakan solidariti untuk Palestin
Usul yang dikemukakan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dipersetujui sebulat suara tanpa bahas.

Kajian LRT Pulau Pinang oleh MRT Corp dijangka siap awal 2024
DUN Pulau Pinang diberitahu MRT Corp telah menawarkan tender untuk pelantikan perunding bagi membuat kajian berkenaan projek LRT di negeri itu.

PRN: BN, PKR P. Pinang terima keputusan dengan hati terbuka
BN dan PKR juga akan segera melakukan post mortem untuk kenal pasti kelemahan.

DUN Pulau Pinang bubar esok - Chow
Tarikh itu telah dicadangkan dan telah mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pagi tadi.