GEORGE TOWN: Kerajaan negeri melalui Penang Institute sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang diberitahu hari ini.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kajian itu menilai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Pulau Pinang, sentimen perniagaan dan mengenal pasti sama ada penubuhan zon akan meningkatkan kecekapan perniagaan, memacu suntikan modal sekali gus menghapuskan halangan kepada perdagangan.
"Pada masa ini, penyelidikan sedang dalam peringkat perundingan bersama pihak-pihak berkepentingan. Seterusnya, permohonan akan dimajukan kepada kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan Zon Kewangan Khas," katanya ketika menggulung ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di sini.
Pada 25 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pembentukan zon kewangan khas di Forest City, Johor serta beberapa insentif merangkumi visa masuk berbilang, kemudahan untuk mereka yang bekerja dari Singapura dan kadar cukai pendapatan 15 peratus bagi pekerja mahir.
Ia disusuli dengan kenyataan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menyarankan agar kerajaan mewujudkan zon sama di Pulau Pinang dengan tumpuan wilayah utara memandangkan peranan negeri itu sebagai hab pembuatan utama selain menyumbang cukai RM10 bilion.
Sementara itu, Chow memaklumkan Pulau Pinang ialah negeri kedua yang mencatatkan jumlah terkumpul baki pinjaman kerajaan Persekutuan belum selesai yang terendah selepas Selangor iaitu RM36.73 juta.
Justeru, beliau berkata tindakan kerajaan negeri melakukan pinjaman daripada kerajaan Persekutuan akan merencatkan misi Pulau Pinang untuk menjadi negeri bebas hutang kerajaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.
"Namun, Jabatan Kewangan Negeri dari semasa ke semasa akan menilai perkara ini dan akan mencadangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sekiranya terdapat keperluan berhubung cadangan peminjaman daripada kerajaan Persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 30 2024

Menurut Chow, pada masa ini, penyelidikan sedang dalam peringkat perundingan bersama pihak-pihak berkepentingan. - Foto Bernama

Sukan Asia 2026 tawar 11 pingat emas e-sukan
Pengumuman dibuat susulan mesyuarat tergempar Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara itu bagi Sukan Asia 2026.
Iran adakan majlis pengebumian, berkabung atas kematian Hassan Nasrallah
Iran mengadakan majlis berkabung bagi memperingati pemimpin Hezbollah yang dibunuh, Hassan Nasrallah, di ibu negara Tehran pada Ahad, hari yang sama Nasrallah dikebumikan dalam satu upacara pengebumian besar-besaran di Beirut.

'Saya terkejut polis jawab telefon, beritahu isteri meninggal'
Sebelum kejadian, dia bersama isteri menaiki kereta milik rakan membawa anak yang melecur terkena air panas ke hospital, bagi mendapat rawatan.
Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima, khususnya dengan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Chery akan bangunkan Taman Perindustrian Automotif Pintar di Hulu Selangor
Taman Perindustrian Chery Smart Auto akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun dengan pelaburan sebanyak RM2.2 bilion.

Pejabat Parlimen Lembah Pantai salur RM40,000 untuk 40 surau, semarak aktiviti Ramadan
Sumbangan itu diberikan dalam bentuk wang tunai berjumlah RM1,000 kepada setiap surau untuk menyokong pelaksanaan aktiviti moreh.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

Gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian antara cabaran kerajaan Pulau Pinang
Kekerapan gangguan bekalan air, harga tanah perindustrian yang tinggi dan kekurangan bakat antara cabaran dihadapi kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur.

Pulau Pinang sedang kaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas
Kerajaan negeri sedang mengkaji prospek penubuhan Zon Kewangan Khas di Pulau Pinang sebagai enjin pertumbuhan.

Gaji penjawat awam: Pulau Pinang selaras kenaikan gaji ikut kerajaan Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedia menaikkan gaji penjawat awam di negeri itu selaras keputusan kerajaan Persekutuan.

Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco
Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini.

P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.

Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berusaha memuktamadkan senarai anggota Exco negeri dalam minggu ini juga.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.

Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.

Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.

Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak
Negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya.