GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dimaklumkan bahawa sebanyak 2,947 unit hartanah di negeri itu dikategorikan sebagai tidak terjual setakat suku ketiga 2023, kebanyakannya akibat kegagalan pemohonnya mendapat pembiayaan.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Datuk Seri S. Sundarajoo berkata ini termasuk 503 unit atau 17 peratus hartanah berharga RM300,000 ke bawah sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).
"Kebanyakan unit-unit yang tidak terjual ini adalah disebabkan oleh kegagalan pemohon untuk mendapatkan pembiayaan daripada institusi kewangan," katanya pada sesi penggulungan Belanjawan 2024 di persidangan DUN itu di sini, semalam.
Sundarajoo berkata kerajaan negeri juga sentiasa komited dan serius terhadap agenda perumahan di Pulau Pinang sebagaimana ditetapkan dalam Visi Penang 2030 serta Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang 2023.
Malah, kerajaan negeri akan terus memastikan pembangunan perumahan disediakan secara seimbang dan dibangunkan secara holistik dengan mengambil kira keperluan masyarakat setempat.
"Pembangunan Rumah Mampu Milik (RMM) adalah perumahan bersubsidi yang perlu disediakan dan ditanggung oleh kerajaan negeri atau pemaju swasta yang ingin membangunkan perumahan di Pulau Pinang.
"Bagi membolehkan sesuatu pembangunan dilaksanakan secara holistik, ada komponen-komponen perumahan mahal yang perlu dibangunkan bagi memberi subsidi silang kepada perumahan RMM," katanya.
Menyentuh isu pelaksanaan projek Pembaharuan Semula Bandar (URC), beliau berkata perkara itu adalah fokus utama kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) dalam memastikan pembekalan RMM diteruskan selain menyediakan perumahan ergonomik dan selesa untuk rakyat.
Beliau turut menyifatkan projek pembaharuan semula sebagai langkah strategik bagi meningkatkan penggunaan tanah dan menambah baik kualiti kehidupan.
"Lima projek perintis URC sedang dan akan dilaksanakan di bawah Garis Panduan Pembaharuan Semula Bandar. Namun, skim-skim lain boleh memohon kepada kerajaan negeri melalui LPNPP untuk dikaji aspek kebolehlaksanaannya," kata beliau.
--BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Kerajaan negeri komited terhadap agenda perumahan di Pulau Pinang sebagaimana ditetapkan dalam Visi Penang 2030 serta Manifesto Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang 2023. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

2,312 unit rumah tidak terjual di Perak tahun lalu - Exco
Daerah tertinggi mencatatkan perumahan tidak terjual adalah Kinta (1,065), diikuti Manjung (498) dan Kampar (328).

2,947 unit hartanah di Pulau Pinang tidak terjual setakat suku ketiga 2023
Jumlah ini termasuk 503 unit (17 peratus) hartanah berharga RM300,000 ke bawah, sepertimana mengikut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara.

26,286 rumah bernilai RM18.3 bilion siap dibina tidak terjual - Akmal Nasir
Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 5.3 peratus dari segi jumlah unit berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

11,512 kediaman RM500,000 ke atas di JB, Iskandar Puteri tidak terjual - Exco
Bagaimanapun, pemaju yang terlibat dengan kediaman tidak terjual itu sudah mula mendapat maklum balas positif daripada pembeli warga asing.

Bajet 2023: Kerajaan perlu tumpu isu kadar faedah tinggi, rumah tidak terjual
Kerajaan disarankan memberi keutamaan menyelesaikan isu kadar faedah pinjaman perumahan yang tinggi serta menangani masalah rumah tidak terjual menerusi Bajet 2023.

Lebih 5,000 rumah di Selangor tidak terjual
Rodziah berkata, Selangor negeri ketiga memiliki unit kediaman tidak terjual terbanyak selepas Johor dan Pulau Pinang.

Pulau Pinang negeri kedua tertinggi rumah tidak terjual
Tujuh peratus rumah yang tidak terjual berharga RM300,000 ke bawah dan 97 peratus lagi unit kediaman berharga lebih RM300,000.

Parlimen: 30,290 rumah siap tidak terjual, Johor terbanyak
Berdasarkan laporan Status Pasaran Harta Tanah oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), terdapat 30,290 unit rumah siap dibina tidak terjual yang bernilai RM19.75 bilion.

Cukai pengosongan tidak akan dikenakan ke atas pemaju pada 2021 - Zuraida
Kementeriannya sedang mengkaji mekanisme lain yang dapat digunakan untuk mengawal isu unit rumah tidak terjual.

Kempen pemilikan rumah antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Turut dijangka mencuri tumpuan ialah persoalan yang dibangkitkan Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar tentang Skim Pembiayaan Pembangunan Ekonomi Desa (SPED).