GEORGE TOWN: Sebanyak 64 kes keganasan rumah tangga membabitkan golongan suami direkodkan di Pulau Pinang sejak awal Januari hingga September tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Lim Siew Khim berkata berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 105 kes membabitkan lelaki pada tahun lepas.
"Berdasarkan rekod PDRM, sebanyak 450 kes keganasan rumah tangga telah direkodkan di Pulau Pinang bagi tahun lepas namun pada tahun ini, ia berkurangan kepada 288 kes.
"Perincian kes mengikut jantina pada 2022 ialah sebanyak 105 kes membabitkan lelaki dan 346 kes mangsanya adalah wanita manakala tahun ini, 64 kes adalah lelaki dan 224 kes pula wanita," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan lisan Lee Boon Heng (PKR-Kebun Bunga) berhubung keganasan rumah tangga.
Lim berkata keganasan rumah tangga adalah isu global sering berlaku sehingga menjadi norma dalam kalangan masyarakat dan dianggap sebagai satu pergolakan sebuah keluarga yang wajar diselesaikan tanpa campur tangan pihak lain.
Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Pinang itu berkata keganasan rumah tangga merupakan kesalahan jenayah boleh ditangkap di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga (AKRT) 1994 (Akta 521) yang dibaca bersama peruntukan di bawah Kanun Keseksaan serta undang-undang bertulis lain.
Beliau berkata mengambil kira keperluan dan kehendak semasa berikutan peningkatan kes keganasan rumah tangga dalam kalangan masyarakat, Akta 521 telah dipinda pada 2012 dan 2017, melibatkan perluasan takrifan keganasan rumah tangga termasuk kecederaan psikologi dan emosi selain fizikal.
Menurut Lim, selain penguatkuasaan undang-undang, kerjasama antara agensi kerajaan dan swasta terlibat dalam pengendalian kes keganasan rumah tangga adalah penting untuk menangani isu berkenaan termasuk pelaksanaan program pendidikan, latihan kekeluargaan dan khidmat kaunseling secara sistermatik.
Sementara itu, mengenai soalan Azman Alang (Bersatu-Teluk Air Tawar) berhubung keganasan rumah tangga membabitkan kaum suami, Lim berkata terdapat pelbagai kes keganasan melibatkan mangsa lelaki iaitu menjadi mangsa perang dingin, tampar dan sindiran.
"Kita bukan tumpukan kepada mangsa golongan wanita sahaja kerana sekarang sudah tak sama malah mereka (lelaki) juga telah berani suarakan (jadi mangsa)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023

Lim berkata keganasan rumah tangga adalah isu global yang sering berlaku sehingga menjadi norma dalam kalangan masyarakat dan dianggap satu pergolakan keluarga yang wajar diselesaikan tanpa campur tangan pihak lain. - Facebook Lim Siew Khim

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Tikam isteri kerana tak dapat duit beli rokok
Pihak berkuasa kini sedang melakukan siasatan lanjut ke atas Onal dan beberapa saksi di lokasi kejadian.

Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?

Lelaki bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri
Siasatan awal mendapati pelaku, Azhariansyah terlibat pergaduhan dengan isterinya, Listi Anggraeni.

Bunuh isteri kerana enggan dipeluk
Seorang lelaki dari Kabupaten Kepulauan Tanimbar, Maluku, hilang pertimbangan apabila tergamak menikam isterinya sehingga maut hanya kerana mangsa enggan dipeluk.

Tergamak bakar isteri hanya disebabkan pengecas telefon
Mangsa meninggal dunia setelah dua minggu berjuang melawan keganasan yang dilakukan oleh suaminya sendiri.

Zahnita sempat mohon maaf kepada ibu mentua, namun...
Zahnita memohon maaf kepada ibu mentuanya apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama suaminya Abd Zackery Ghouse.

Ujian air kencing terhadap Zahnita Wilson kerana ada laporan berkaitan dadah
Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap bekas pelakon dan peragawati terkenal, Zahnita Wilson dilakukan berikutan terdapat laporan berkaitan dadah membabitkan wanita itu.

Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.

Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.

Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.