Kejadian berlaku pada Rabu lalu, sekitar jam 7 malam waktu tempatan di Dusun Wesawak, Desa Persiapan IIngei Barat, Kecamatan Tanimbar Selatan.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kepulauan Tanimbar, AKP Handry Dwi Azhari, mengesahkan kejadian berkenaan serta memaklumkan bahawa suspek sudah ditahan.
"Saat ini suspek sudah ditangkap oleh pasukan polis Kepulauan Tanimbar, susulan itu dia akan didakwa," katanya kepada wartawan pada Sabtu lalu.
Katanya, kejadian bermula selepas mangsa enggan dipeluk kerana suspek berada dalam keadaan mabuk.
"Penolakan itu menyebabkan suspek mengambil sebilah parang dan menikam mangsa di beberapa bahagian antaranya di bahu.
"Mangsa cuba melarikan diri bagaimanapun tidak berdaya hingga dilaporkan meninggal dunia," tambahnya.
Suspek kini berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun. - Sinar Harian/ Agensi