KUALA LUMPUR: Kematian tahunan ibu hamil meningkat kepada 41 peratus pada tahun lepas akibat jangkitan COVID-19.
Kebiasaannya setiap tahun kematian ibu hamil sebanyak 200 hingga 270 kes, namun ia telah meningkat kepada 462 kes pada tahun lepas.
Menurut Timbalan Ketua Perkhidmatan Obstetrik & Ginekologi (O&G) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Wan Ahmad Hazim Wan Ghazali, daripada 462 kes kematian ibu hamil, 83 peratus daripada mempunyai komorbiditi, manakala 79 peratus tidak mengambil vaksinasi.
"Sebenarnya mereka inilah yang memerlukan dos penggalak kerana berisiko tinggi dan kerana apabila wanita itu hamil ia telah membuatkan perubahan fisiologi kepada diri mereka, yang akan meningkatkan kemudaratan serangan COVID-19, apatah lagi jika mereka ini mempunyai komorbiditi.
"Jadi jika kita lihat daripada kematian ibu yang berlaku tahun lepas dan kita lakukan kajian, peningkatannya adalah 41 peratus akibat COVID-19. Biasanya kita mendapat kematian ibu dalam 200 hingga 270 kes setiap tahun tetapi telah meningkat sampai 462 kes pada tahun lalu dimana 191 adaah di sebabkan oleh COVID-19. Ini adalah 41 jumlah daripada seluruh jumlah kematian ibu.
"daripada kajian KKM lebih 83 peratus disebabkan oleh mereka mempunyai komorbiditi, sama ada mereka ada obesiti, kencing manis,darah tinggi dan penyakit-penyakit lain. Justeru sangat penting untuk mereka ini mendapat dos penggalak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Astro AWANI dalam Program AWANI Pagi bertajuk "Ibu hamil dan dos penggalak", pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Wan Ahmad Hazim yang juga Pakar Perunding Kanan, Ketua Jabatan O&G Hospital Putrajaya berkata, dos penggalak vaksin COVID-19 adalah selamat untuk ibu mengandung dan tiada kesan kepada kandungan.
"Vaksin bukan sahaja memberikan perlindungan kepada ibu tetapi ia juga memberi perlindungan kepada bayi dan memberi imuniti pasif kepada bayi antara tiga hingga enam bulan.
"Jika kita lihat kajian di luar negara melibatkan 135,000 ibu hamil menunjukkan tidak ada peningkatan dalam keguguran, kelahiran pra matang, kematian atau kecacatan.
"Malah jika kita lihat apa yang kita alami sejak pemberian vaksin dos kedua selesai diberikan pada bulan Oktober lepas merangkumi 94 peratus populasi negara, kita lihat kelahiran-kelahiran yang berlaku di fasiliti kesihatan kerajaan tidak menunjukkan peningkatan daripada semua isu tersebut," jelasnya.
Dr Wan Ahmad Hazim turut menyeru rakyat Malaysia agar mempercayai sepenuhnya kepada data dan maklumat dikeluarkan oleh KKM berkaitan vaksin COVID-19.
"Rakyat harus ingat bahawa KKM memastikan kesihatan rakyat terjaga dan harus memberikan kepercayaan yang penuh kepada kita untuk memastikan kesihatan ini sentiasa dipantau dan memberikan informasi yang benar dan telus kepada masyarakat," tambah beliau.
Afiezy Azaman
Tue Feb 22 2022
Vaksin bukan sahaja memberikan perlindungan kepada ibu tetapi ia juga memberi perlindungan kepada bayi dan memberi imuniti pasif kepada bayi antara tiga hingga enam bulan. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.