Halangan daripada keluarga dan isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah di luar negeri terutama Selatan Thai.
Hal ini didedahkan oleh ejen yang menawarkan khidmat menguruskan pernikahan di negara jiran itu.
Ejen nikah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shed berkata selain menguruskan perkahwinan, beliau juga membantu menguruskan proses penceraian pasangan yang bernikah di sana.
Tinjauan mendapati sekalipun ada halangan seumpama itu, jumlah rakyat negara ini yang menjalani pernikahan di selatan Thailand terus meningkat.
Bernama melaporkan kes pasangan dari Kedah yang bernikah tanpa kebenaran pihak berkuasa agama negeri, di Thailand dilihat terus meningkat hingga kepada 799 kes tahun lalu daripada 566 kes pada 2017.
Angka ini diberikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Datuk Dr Ismail Salleh yang menyatakan bahawa jumlah itu merangkumi kesalahan pernikahan dan berpoligami tanpa kebenaran.
Sementara itu, ditanya mengenai khidmat yang ditawarkan, Shed berkata, kadar yang beliau kenakan kepada setiap pasangan adalah berbeza antara RM1,800 hingga RM4,000 bergantung pada beberapa faktor dan kerumitan proses.
"Kalau mereka berdekatan Kedah saya ambil dalam RM1,800 untuk nikah biasa yang mudah, tetapi ada cecah RM2,800. Orang luar (dari Kedah) seperti dari Johor, Melaka, Pahang dan Terengganu saya ambil dalam RM2,200 hingga RM4,000.
"Kalau urusan rumit, contoh orang itu dah pernah nikah di Siam (Thailand) tapi tak daftar sini lagi, jika bercerai, pasangan kena batalkan pernikahan itu di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sana dulu, baru boleh menikah lagi," katanya.
Shed berkata, jika rakyat negara ini yang hendak bernikah tanpa kebenaran dengan warga negara lain seperti Indonesia dan Singapura prosesnya akan menjadi lebih rumit dan akan dikenakan caj yang lebih tinggi.
Mengulas mengenai proses pernikahan di Thailand, Shed berkata terdapat dua pusat nikah yang diiktiraf iaitu di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat.
"Saya akan bawa orang yang menggunakan khidmat saya ke mana-mana satu pusat nikah ini. Kalau hendak bernikah luar dari pusat nikah itu, ini mesti dilakukan di masjid dan jurunikahnya ialah imam yang dilantik pejabat agama Islam sana sahaja," kata beliau.
Katanya, akad nikah boleh diragui jika ia dilakukan di luar pusat nikah itu atau dilaksanakan oleh jurunikah yang tidak dilantik pejabat agama Islam di sana atau tidak berdaftar dengan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.
Katanya, selepas dinikahkan, pasangan suami isteri terbabit perlu mengambil Surat Pengesahan Perkahwinan di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia bagi membolehkan mereka mendaftarkan pernikahan mereka di pejabat agama Islam negara ini.
Shed berkata, sepanjang 11 tahun pengalamannya menjadi ejen nikah di Selatan Thai, kebanyakan mereka yang mendapatkan khidmatnya terdiri daripada golongan pertengahan yang bekerja sebagai guru, jurutera kilang, kerani, pegawai kerajaan dan pekerja swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019
Terdapat dua pusat nikah yang diiktiraf iaitu di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla dan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat. - Gambar hiasan/Astro AWANI
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.
Menteri Luar Poland hormati pendirian Malaysia, kekal sikap neutral dan tidak memihak
Menteri Luar Poland, Radoslaw Sikorski menghormati pendirian Malaysia dan ASEAN yang teguh dengan sikap neutral dan tidak memihak berhubung perang antara Rusia dan Ukraine.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 20 Julai 2024.