PUTRAJAYA: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) akan menjalankan kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Katanya, ia sebagai langkah EAIC dalam mengkaji isu yang membelenggu agensi penguatkuasaan selain mengesyorkan penyelesaian jangka panjang untuk menghapuskan masalah berkaitan atau sekurang-kurangnya mengurangkan kejadiannya.
Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu, kajian tersebut akan diterajui oleh Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Zainun Ali yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.
"EAIC akan menggerakkan kolaborasi bersama organisasi berkepentingan dari agensi perkhidmatan awam dan juga badan bukan kerajaan bagi memastikan suara dan kehendak setiap organisasi yang wajar akan diambil kira," kata Mohd Sidek dalam amanat beliau pada Majlis Sambutan Sedekad Penubuhan EAIC dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) EAIC 2020, di sini semalam.
Katanya, sejak penubuhan EAIC pada 1 April 2011, suruhanjaya itu telah menerima 5,237 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkuasaan dengan 4,483 fail aduan dibuka, manakala untuk tahun ini setakat 31 Mac lepas, sebanyak 326 aduan diterima dan 274 fail aduan dibuka.
Sementara itu, beliau berkata tahap integriti dalam kalangan penjawat awam dilihat bertambah baik dengan pengukuhan kerjasama pintar EAIC dan agensi penguat kuasa lain.
Katanya, entiti itu tidak sama sekali bekerja secara silo dan mengutamakan kerjasama dengan agensi lain bagi dijadikan senjata ampuh untuk mencapai sasaran menjadikan integriti sebagai teras budaya masyarakat.
"EAIC juga berpuas hati dengan langkah ketua jabatan sesuatu agensi penguat kuasa yang kini mengambil tindakan secara langsung terhadap anak buah masing-masing sekiranya didapati kesalahan berlaku," katanya.
Dengan mengambil contoh laporan berita mengenai anggota polis dikenakan saman trafik baru-baru ini, beliau berkata tindakan itu membuktikan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya.
"Sebagai pemimpin kepada agensi penguatkuasaan yang menguatkuasakan undang-undang, kita perlu meletakkan standard penguatkuasaan undang-undang yang konsisten kepada semua," kata Mohd Sidek.
EAIC ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) sebagai agensi yang melaksanakan fungsi badan pengawasan integriti dalam kalangan agensi penguatkuasaan dengan peranan menerima aduan daripada orang awam mengenai salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan, serta merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku.
EAIC mengawal selia 21 agensi penguatkuasaan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pendaftaran Negara. Kesemua 21 agensi tersebut melibatkan lebih 210,000 kakitangan.
Mohd Sidek dalam pada itu berkata hubungan pintar dengan PDRM telah digerakkan melalui sesi dialog bersama pegawai kanan EAIC dan PDRM baru-baru ini dan pendekatan sama akan diguna pakai dengan agensi penguat kuasa lain.
Dalam amanat yang diberikan kepada anggota EAIC, Mohd Sidek turut berpesan agar tiada sebarang kompromi terhadap salah laku atau Zero Tolerance terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang.
"Inilah yang dipanggil Tone from The Top. Kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan yang berpegang teguh kepada prinsip integriti. Dan insya-Allah, Tone from The Top akan menjadi budaya Tone from every level," katanya.
Pada majlis itu, seramai enam individu menerima APC manakala 12 yang lain menerima sijil perkhidmatan cemerlang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
![EAIC kaji isu kematian dalam tahanan, tingkat kolaborasi dengan agensi berkaitan EAIC kaji isu kematian dalam tahanan, tingkat kolaborasi dengan agensi berkaitan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617352230_MohdSidekHassan.jpg)
EAIC akan menjalankan kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan, kata Pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Foto BERNAMA
![PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720021478_SungaiBakap.jpg)
PRK Sg Bakap: PH diramal menang jika berjaya tarik undi Melayu
Sejumlah 53.2 peratus pengundi yang ditemui menyatakan akan mengundi PH, manakala 43.0 peratus mengundi Perikatan Nasional (PN) dan selebihnya adalah pengundi atas pagar.
![Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711517619_TBSHAMSUL.jpg)
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan iktiraf kompetensi, tugas pegawai
Penubuhan Majlis Profesion Pegawai Pemulihan bagi mengawal selia profesion itu antara yang dicadang dalam Rang Undang-Undang Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024.
![Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697078017_SretthaThavisin.jpg)
Thailand tetap sasaran enam emas di Olimpik Paris
Thailand menetapkan sasaran untuk memenangi enam pingat emas dan tiga perak dalam Sukan Olimpik Paris 2024.
![Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720020193_AnwarIbrahim.jpg)
Kunjungan Sheikh Al-Azhar ke Malaysia penghormatan besar untuk negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara.
![Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720015820_TBFaisalHalim.jpg)
Faisal jalani fisioterapi intensif, pulihkan fungsi tangan kiri
Pemain kebangsaan dan tonggak utama Selangor FC (SFC) Muhammad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim mula menjalani fisioterapi yang lebih intensif bagi memulihkan fungsi pergerakan tangan kirinya.
![Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720019199_DutaBesarSweeden.jpg)
Duta Besar Sweden ke Malaysia kagum keprihatinan Pemangku Raja Perlis terhadap masyarakat memerlukan
Duta Besar Sweden ke Malaysia Dr Joachim Bergstrom kagum akan keprihatinan Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang mendalam terhadap nasib masyarakat yang memerlukan.
![Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718700159_TBtokmatjpg.jpg)
Malaysia akan terus lantang dalam isu Palestin - Mohamad
Malaysia akan terus lantang bersuara di setiap pentas dunia agar pembunuhan kejam rakyat Palestin dihentikan serta gencatan senjata di Gaza kekal, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
![Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026 Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673607663_ShahrirSamadTommy.jpg)
Tommy Thomas gagal batal saman Shahrir Samad, perbicaraan bermula pada 2026
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas Peguam Negara (AG) Tan Sri Tommy Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Tan Sri Shahrir Ab Samad terhadap beliau.
![Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718839079_RONminyak.jpg)
Subsidi RON95: Cari mekanisme berkesan, buat secara berperingkat - Dr Barjoyai
Perancangan untuk penyasaran semula subsidi petrol wajar dijalankan secara berperingkat supaya ia tidak mencetuskan kejutan seperti yang berlaku pada diesel.
AWANI Ringkas: Tabung solidariti Selangor FC raih lebih RM76,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718381586_IsmailBakar.jpg)
Integriti perlu diajar seawal di peringkat sekolah - EAIC
Pengerusi EAIC) Tan Sri Dr Ismail Bakar berkata perkara itu boleh dilakukan dengan memasukkan topik integriti ke dalam mana-mana pembelajaran di sekolah.
![EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718274146_IsmailBakar.jpg)
EAIC terima 176 aduan salah laku tahun ini, kebanyakan babit Jabatan Imigresen
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menerima 176 aduan berkaitan salah laku tahun ini dengan kebanyakan libatkan Jabatan Imigresen.
![Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718250811_AnwarIbrahimperda.jpg)
Kerajaan tidak campur tangan kreativiti karya seni - PM Anwar
Kerajaan juga kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni yang mesti disemarakkan.
![EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707823111_WhatsApp.jpg)
EAIC perkenal talian aduan menerusi WhatsApp
Selain itu, EAIC masih mengekalkan penerimaan aduan melalui saluran sedia ada iaitu SPAPS di Portal EAIC, e-mel dan secara bersemuka.
![EAIC tanam 150 spesies pokok di PD Forest, tingkat kesedaran alam sekitar EAIC tanam 150 spesies pokok di PD Forest, tingkat kesedaran alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81702291566_EnforcementAgencyI.jpg)
EAIC tanam 150 spesies pokok di PD Forest, tingkat kesedaran alam sekitar
EAIC mengambil inisiatif menanam 150 spesies pokok di Denai Warisan Hutan, PD Forest, Sungai Menyala, Seremban, dua hari lepas.
![EAIC tidak lagi terima aduan berhubung PDRM, pegawai bermula esok EAIC tidak lagi terima aduan berhubung PDRM, pegawai bermula esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/81688096769_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
EAIC tidak lagi terima aduan berhubung PDRM, pegawai bermula esok
Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) tidak lagi akan menerima aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya bermula esok (1 Julai).
![Penjawat awam digesa mudahkan urusan tanpa abai integriti - EAIC Penjawat awam digesa mudahkan urusan tanpa abai integriti - EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686112085_SidekHassan.jpg)
Penjawat awam digesa mudahkan urusan tanpa abai integriti - EAIC
Mohd Sidek juga menggesa penjawat awam untuk sentiasa peka dan memahami kehendak pelanggan dalam usaha memudahkan urusan.
![EAIC sentiasa buat susulan setiap syor tindakan kes intergriti yang dilaporkan EAIC sentiasa buat susulan setiap syor tindakan kes intergriti yang dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683798885_TBTANSRIMAHMOODADAM.jpg)
EAIC sentiasa buat susulan setiap syor tindakan kes intergriti yang dilaporkan
EAIC sentiasa membuat langkah susulan setiap syor atau cadangan tindakan bagi setiap kes integriti yang dilaporkan kepada pihaknya terutama melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah seliannya.
![Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/51678782402_AzalinaOthmanSaid.jpg)
Jawatankuasa Pro-tem kaji keperluan masukkan SPRM di bawah selian EAIC
Sesi itu membincangkan mandat Perdana Menteri mengenai cadangan mewujudkan badan bebas baharu dan/atau pengukuhan EAIC.
![[KOLUMNIS] Apa yang silap dengan peraturan dan undang-undang? [KOLUMNIS] Apa yang silap dengan peraturan dan undang-undang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632144711_HukumSebatPenjara.jpg)
[KOLUMNIS] Apa yang silap dengan peraturan dan undang-undang?
Undang-undang Malaysia juga berasaskan bidang kuasa lain seperti Australia dan India misalnya undang-undang jenayah iaitu Kanun Prosedur Jenayah, berasaskan kanun jenayah India.