KUALA LUMPUR: Duta Ukraine, Olexander Nechytaylo yang telah menamatkan tempoh tugasnya di Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan saluran komunikasi kekal terbuka antara kedua-dua pihak susulan insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan konflik Rusia-Ukraine.
Ketika mengucapkan selamat tinggal kepada negara tuan rumah selepas berbakti selama sedekad, Nechytaylo mengingati dengan jelas mengenai satu misi terawalnya di Malaysia iaitu memastikan keadilan diberikan kepada waris, keluarga dan saudara mara mangsa tragedi pesawat MH17.
Pada 17 Julai 2014, pesawat malang itu - dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur - ditembak jatuh di wilayah Donetsk di Ukraine.
Duta itu juga memainkan peranan penting dalam penubuhan pasukan penyiasat bersama antara Ukraine, Malaysia, Belanda, Australia dan Belgium bagi menyiasat tragedi MH17 pada 2014.
"Apabila saya tiba di Kuala Lumpur, siasatan MH17 baharu sahaja bermula dan saya gembira perbicaraan di Hague (prosiding mahkamah yang meneliti jenayah terhadap tragedi MH17) kini di peringkat akhir.
"Saya bertemu keluarga mangsa di Malaysia dan saya turut berasa sedih. Menjadi tanggungjawab moral untuk memberi keadilan kepada ahli keluarga mangsa nahas," katanya kepada petugas media selepas mengadakan jamuan minum petang perpisahan di sebuah hotel di sini, baru-baru ini.
Diplomat itu berkata keputusan perbicaraan itu dijangka dikeluarkan sama ada pada akhir tahun atau awal tahun depan, dengan harapan ia akan membantu memberi keadilan kepada semua 298 mangsa yang terkorban, termasuk 15 anak kapal.
Sementara itu, krisis Rusia-Ukraine yang masih berterusan juga memberi cabaran tersendiri bagi Nechytaylo, di mana beliau perlu memastikan komunikasi yang betul dikekalkan antara Malaysia dan Ukraine ketika operasi ketenteraan semakin memuncak.
Diplomat itu berkata, sejak krisis bermula pada 24 Feb, misinya sebagai duta adalah untuk menyampaikan perkembangan di Ukraine kepada pemimpin Malaysia seperti Menteri Luar, dan kepada orang ramai dan media.
Mengulas lanjut, Nechytaylo berkongsi peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika berada di Malaysia iaitu apabila bekas Presiden Ukraine Petro Poroshenko berkunjung ke Malaysia untuk lawatan rasmi tiga hari, pada 2016.
Petro, dalam sesi temu bual eksklusif dengan Bernama sempena lawatan ke Malaysia ketika itu, menekankan bahawa beliau mengambil beberapa langkah penting selepas tragedi itu, termasuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Belanda, dan semua negara yang terlibat dengan tragedi MH17.
Mengenai tragedi MH17, Petro, yang berkhidmat sebagai Presiden Ukraine dari 2014 hingga 2019, berkata beliau diuji dengan apa yang disifatkan sebagai 'jenayah kemanusiaan terbesar dalam lipatan sejarah penerbangan moden.'
Secara peribadi, Nechytaylo, merupakan peminat setia band Malaysia Alleycats dan bintang rock legenda Malaysia Amy Search, berkata antara pencapaian pentingnya ketika berkhidmat di Malaysia adalah menggandakan jumlah perdagangan antara Malaysia dan Ukraine daripada AS$260 juta setiap tahun kepada AS$450 juta setahun pada 202I.
Diplomat itu telah melawat setiap pelusuk negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia dan telah memainkan peranan penting dalam pembukaan pejabat konsular Ukraine di Pulau Pinang pada 2020.
"Saya menghabiskan empat tahun di sini semasa tugasan pertama saya dengan kedutaan dan berada di sini selama enam tahun lagi sebagai duta. Malaysia akan sentiasa mendapat tempat yang istimewa di hati saya," katanya sebelum pulang ke negara asalnya pada Selasa.
Nechytaylo turut menzahirkan ucapan berterima kasih kepada Malaysia kerana menyokong dua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkaitan konflik itu, termasuk mengundi dan menyokong Sidang Khas Kecemasan (ESS) Ke-11 Perhimpunan Agung PBB yang menerima pakai resolusi bertajuk 'Aggression against Ukraine' pada 3 Mac serta menyokong tuntutan perlindungan awam dan akses kemanusiaan di Ukraine pada 24 Mac.
"Dalam hal ini, saya rasa Malaysia telah memberi sokongan yang tinggi. Rusia jelas melanggar piagam undang-undang antarabangsa PBB, jadi Malaysia sentiasa lantang melindungi undang-undang antarabangsa dan di situlah titik persamaan antara negara kita, daripada segi pendirian terhadap krisis ini, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 28 2022

Diplomat itu telah melawat setiap pelusuk negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia dan telah memainkan peranan penting dalam pembukaan pejabat konsular Ukraine di Pulau Pinang pada 2020.- Gambar fail/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tragedi MH17: Sedekad berlalu, keadilan akan terus dituntut
Mahkamah itu dalam penghakiman memutuskan bahawa mahkamah tidak meragui sama sekali bahawa MH17 telah terkena sebutir peluru berpandu BUK yang ditembak dari padang di ladang di timur Ukraine.

Hilang kata-kata terima berita nahas MH17 - Azharuddin
Ketika itu, Azharuddin ligat berfikir, apa harus diperkatakan kerana semua sudah tahu orang kesayangan mereka telah tiada.

Tragedi MH17: Kerajaan Australia ikrar akan terus mencari keadilan
Kerajaan Australia bertekad akan membawa mereka yang bertanggungjawab ke atas targedi MH17 itu ke muka keadilan.

Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut

Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.

Kementerian Pengangkutan giat tambah baik kemudahan perhentian bas
Kementerian Pengangkutan memperhebat usaha untuk menambah baik kemudahan pengangkutan awam dan mesra pejalan kaki di Kuala Lumpur, khususnya perhentian dan stesen bas.

Tragedi MH17 masih diingati walaupun sedekad berlalu
Sudah sedekad berlalu sejak tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 80 kanak-kanak.