Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah syarikat di sini kerana disyaki melakukan rasuah dan mengemukakan tuntutan palsu bernilai puluhan juta ringgit dari Kementerian Pertahanan Malaysia berhubung perlaksanaan 10 Projek Menaik Taraf Jalan di Negeri Sarawak bernilai RM800 juta.
Siasatan dijalankan di bawah seksyen 16 (b), 17 (a) dan Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.
Kedua-dua pengarah syarikat berusia 44 tahun yang bergelar Datuk itu merupakan rakan kongsi yang memiliki tiga buah syarikat yang memonopoli projek berkaitan. Mereka ditahan dalam satu operasi khas di Kuching hari ini.
Menurut sumber, projek pembinaan jalan menghubungkan beberapa bandar kecil di Sarawak yang dinamakan “Projek Jiwa Murni” itu adalah di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia dan dianugerahkan kepada syarikat berkenaan sejak tahun 2010 hingga 2016.
Tambah sumber, banyak aduan yang diterima daripada masyarakat setempat berhubung keadaan jalan yang teruk disebabkan kualiti pembinaan yang tidak menepati spesifikasi. Ada antara jalan-jalan ini tidak lagi dapat digunakan dan rosak setelah beberapa bulan dibina.
Kawasan-kawasan yang terlibat adalah sekitar Miri, Kapit, Ba’kelalan, Limbang dan Belaga.
Hasil kajian teknikal mendapati jalan-jalan ini langsung tidak menepati piawaian pembinaan jalan yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Jalan-jalan ini hanya diletakkan lapisan TAR yang dianggarkan hanya setebal 2 inci di atas permukaan tanah. Tiada lapisan batu kerikil dan pasir sepertimana dalam syarat kontrak. Ini menyebabkan jalan yang dilalui oleh kenderaan berat termasuk lori-lori balak mudah rosak dan tidak dapat digunakan oleh kenderaan ringan sebagai jalan penghubung antara kawasan-kawasan pedalaman.
Difahamkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak telah mengarahkan JKR Negeri untuk membaik pulih serta menaiktaraf jalan-jalan berkenaan kerana kegagalan kontraktor yang dilantik melaksanakannya. Ini menyebabkan kos bagi membaikpulih bertambah sekali ganda. Ketirisan yang berlaku ini menyebabkan kerajaan kerugian ratusan juta ringgit.
Selain itu, sumber menjelaskan bahawa perkara yang paling mengejutkan ialah mengenai pelantikan empat kontraktor baru oleh JKR Negeri. Ini kerana salah satu syarikat yang mendapat projek menaiktaraf dan membaikpulih jalan-jalan berkenaan disyaki dimiliki oleh pengarah syarikat yang ditahan.
Seharusnya syarikat-syarikat dibawah kawalan saspek perlu disenaraihitam daripada memperolehi projek atas faktor kegagalan mereka melaksanakannya. Mereka harus dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan. Tetapi sebaliknya apa yang berlaku, mereka diberikan lagi projek dengan menggunakan nama syarikat lain.
Kedua-dua Pengarah syarikat ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuching esok (Rabu) untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan penahanan tersebut.
Menurut beliau, siasatan kes ini dibuat dengan kerjasama Kementerian Pertahanan setelah laporan audit dalaman kementerian menunjukkan kegagalan projek ini.
Astro Awani
Tue Sep 08 2020

Hasil kajian teknikal mendapati jalan-jalan ini langsung tidak menepati piawaian pembinaan jalan yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). - Foto SPRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Waspada taktik penipuan guna teknologi AI
Perkembangan teknologi AI yang sangat drastik diambil kesempatan oleh 'scammer' atau penipu untuk mengaut keuntungan.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Mahkamah Korea Selatan akan dengar permohonan batal penahanan Yoon minggu depan
Mahkamah Daerah Pusat Seoul menetapkan 20 Feb sebagai tarikh pendengaran bagi menyemak permohonan Yoon untuk membatalkan penahanannya dan membebaskannya.

Letupan kilang di Klang: Tiada unsur kecuaian, jenayah dikesan
Polis tidak mengesan unsur kecuaian atau jenayah membabitkan kes letupan sebuah kilang pemprosesan bahan kimia kitar semula.

Dua lelaki larikan peti besi bernilai RM1.1 juta diberkas - Polis
Kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Badan Peguam Malaysia seru perubahan dalam sistem penjara negara
Mohamad Ezri berkata pendekatan menyeluruh dapat membuka jalan kepada sistem keadilan yang penuh belas kasihan dan berkesan.

Ecuador isytihar darurat di tujuh wilayah
Noboa berkata bahawa peningkatan kadar jenayah dan kehadiran kumpulan bersenjata terancang menjadi faktor utama pengisytiharan itu.

Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.

Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.

Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.