Usaha akan dilakukan untuk memastikan sama ada dua objek kecil yang ditemui di Pulau Maldives pada Jumaat merupakan serpihan daripada pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang hilang.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata dua objek kecil bersaiz tapak tangan itu telah dibawa pulang ke Malaysia semalam oleh pasukan penyiasat.
"Objek itu telah dibawa pulang dan pasukan penyiasat akan menentukan dalam masa terdekat sama ada ia adalah serpihan pesawat MH370," katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan tahunan Wanita MCA Selangor ke-40 di Wisma MCA di sini hari ini.
Beliau turut berkata misi pencarian MH370 membabitkan tiga negara – Malaysia, Australia dan China – akan diteruskan di dasar Lautan Hindi dan antara perkara utama yang harus dilakukan sekarang adalah untuk mencari kotak hitam dan bangkai pesawat itu.
Pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 6 Ogos lepas mengumumkan bahawa pakar antarabangsa telah mengesahkan serpihan sayap yang dijumpai di Pulau Reunion sebelum ini adalah daripada MH370.
Ia menyokong rumusan awal bahawa pesawat Malaysia Airlines itu terhempas ke dalam Lautan Hindi.
Liow seterusnya berkata mesyuarat tiga pihak antara Malaysia, China dan Australia bagi menentukan semula kawasan pencarian pesawat MH370 dijangka berlangsung awal September.
Buat masa ini, beliau berkata kementerian masih menunggu keputusan analisis yang dilakukan pasukan pakar termasuk Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), agensi yang mengetuai pencarian MH370 di Lautan Hindi.
Sementara itu, Liow yang juga Presiden MCA berkata pihaknya menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang diumumkan Najib baru-baru ini.
Beliau berharap ia menjurus kepada parti-parti politik meningkatkan ciri pentadbiran dan transparensi dalam menguruskan pembiayaan politik.
"MCA sendiri sudah lama mengamalkan konsep ini," katanya.
Bernama
Sun Aug 16 2015

LIOW: Objek itu telah dibawa pulang dan pasukan penyiasat akan menentukan dalam masa terdekat sama ada ia adalah serpihan pesawat MH370.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Cadangan gugur had perbelanjaan parti politik tidak wajar - Penganalisis
Prof Madya Dr Ahmad Martadha berkata, situasi itu hanya memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai sumber kewangan yang banyak.

PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik
PAS akan meneliti kesemua cadangan tersebut dan akan mengemukakan usul dalam sesi perundingan termasuk pada sesi perbahasan di Parlimen.

Garis panduan pemantauan dana politik perlu dipersetujui semua pihak - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata garis panduan itu juga perlu dipersetujui semua parti politik yang terlibat.

JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan dana politik.

Pelantikan ke JKNMPP tanggungjawab berat - Wan Saiful
Pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik adalah satu tanggungjawab yang amat berat.

JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik pada Jumaat menerima pakai terma-terma rujukan JKNMPP dan memuktamadkan keanggotaannya.

Dua objek kecil ditemui dalam pencarian MH370 - Liow
Usaha akan dilakukan untuk memastikan sama ada dua objek kecil yang ditemui di Pulau Maldives pada Jumaat merupakan serpihan daripada MH370 yang hilang.

'JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir
Penubuhan JKNMPP adalah langkah terbaik dalam menyatakan perjalanan dana politik selain laporan sumber kewangan, kata pengerusi BNBBC itu.

Dana politik: JKNMPP perlu teliti 22 cadangan TI-M
Transparency International Malaysia telah memberi 22 cadangan kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.

PAS sedia isytihar dana politik
PAS mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenai dana politik dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima.