Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) yang bermesyuarat hari ini, menerima pakai terma-terma rujukan JKNMPP dan memuktamadkan keanggotaannya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata antara terma-terma rujukan JKNMPP ialah mengenal pasti, membincang dan menangani isu-isu pembiayaan politik bagi parti-parti politik dan ahli politik.
Selain itu, terma rujukan jawatankuasa itu ialah meneliti dan menilai amalan terbaik, mekanisme undang-undang dan peraturan yang digunakan di negara-negara lain bagi membendung dan mencegah rasuah dalam pembiayaan politik.
Terma rujukan itu juga termasuk meneliti dan menilai sokongan institusi atau rangka kerja yang sesuai bagi menyelia dan memantau pembiayaan politik kepada parti-parti politik dan ahli politik, katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Menggubal keperluan perundangan dan kawal selia yang sesuai bagi memudahkan pengawasan, ketelusan dan akauntabiliti dalam pembiayaan parti politik; dan mengadakan rundingan dengan parti-parti dan ahli-ahli politik serta kumpulan berkepentingan dan pemegang taruh (stakeholders) lain mengenai mekanisme pembiayaan politik juga merupakan terma rujukan yang dipersetujui JKNMPP.
Low berkata JKNMPP juga memutuskan bahawa membuat syor kepada Jemaah Menteri mengenai undang-undang, peraturan-peraturan dan institusi sokongan yang diperlukan untuk mentadbir dan memantau pematuhan terhadap mekanisme pembiayaan politik adalah terma rujukannya.
Dari segi keanggotaan JKNMPP, beliau berkata jumlahnya tidak boleh melebihi 25 individu yang termasuk tokoh-tokoh masyarakat, wakil-wakil badan bukan kerajaan dan organisasi profesional terpilih.
Menurutnya senarai terkini anggota JKNMPP ialah:
1. Datuk Paul Low Seng Kuan (Pengerusi) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2. Datuk Seri Idris Jala (Timbalan Pengerusi) - Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu)
3. Dr Anis Yusal Yusoff (Setiausaha) - Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia
4. Tan Sri Johan Jaafar - Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah
5. Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman - Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
6. Tan Sri Rastam Mohd Isa - Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia
7. Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahbudin - Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO)
8. Prof. Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin - Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
9. Datuk Akhbar Satar - Presiden Transparency International Malaysia
10.Wan Saiful Wan Jan - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas)
11. Dr Gan Peng Sieu - Presiden Bersama Centre for a Better Tommorow (Cenbet)
12. Prof. Madya Dr Madeline Berma - Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim UKM
13. Prof. Madya Dr Sivamurugan Pandian - Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia
14. Prof. Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani - Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia
15. Richard Y.W.Yeoh - Aktivis masyarakat
16. Akram Yusof - Pemimpin belia
17. Jufitri Joha - Pemimpin belia
18. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Pemimpin belia
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 14 Ogos mengumumkan penubuhan JKNMPP bagi merangka satu pelan pembiayaan politik yang komprehensif dan inklusif.
Peranan utama JKNMPP adalah bagi menyediakan proses konsultatif untuk ahli-ahli masyarakat sivil membincangkan cara-cara meningkatkan pematuhan ketelusan, akauntabiliti dan integriti dalam kalangan parti-parti politik dan ahli politik dalam pembiayaan politik.
Low berkata jawatankuasa itu akan bermesyuarat 'sebagaimana dan apabila perlu' serta perlu menyelesaikan tugasnya dalam tempoh satu tahun pada 31 Ogos 2016.
"Tahap kerahsiaan yang tinggi hendaklah sentiasa dipatuhi mengikut garis panduan yang akan ditentukan kemudian," katanya.
JKNMPP dibantu oleh sebuah sekretariat yang diuruskan oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) dan satu pasukan teknikal terdiri daripada pakar-pakar yang akan menyediakan kajian dan penggubalan perundangan yang diperlukan untuk menyokong cadangan yang dibuat jawatankuasa itu, katanya.
Pasukan teknikal itu akan dipengerusikan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif IIM.
Low berkata JKNMPP boleh mengadakan forum awam khas untuk perbincangan serta mendekati kumpulan berkepentingan lain.
Hujahan bertulis dari pihak yang berminat juga boleh dihantar kepada Urusetia JKNMPP, di alamat Institut Intergriti Malaysia, Menara Intergriti, Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, off Jalan Tuanku Abdul Halim, 50480 Kuala Lumpur atau faksimili 03-62092090 atau email intergrity@iim.org.my.
Bernama
Fri Aug 28 2015
![JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438839768_PaulLowSengKuan.jpg)
LOW: JKNMPP akan bermesyuarat 'sebagaimana dan apabila perlu' serta perlu menyelesaikan tugasnya dalam tempoh satu tahun pada 31 Ogos 2016.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Cadangan gugur had perbelanjaan parti politik tidak wajar - Penganalisis Cadangan gugur had perbelanjaan parti politik tidak wajar - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475397525_950x600.jpg)
Cadangan gugur had perbelanjaan parti politik tidak wajar - Penganalisis
Prof Madya Dr Ahmad Martadha berkata, situasi itu hanya memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai sumber kewangan yang banyak.
![PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469364049_takiyuddinhassan.jpg)
PAS teliti syor JKNMPP tentang isu pembiayaan politik
PAS akan meneliti kesemua cadangan tersebut dan akan mengemukakan usul dalam sesi perundingan termasuk pada sesi perbahasan di Parlimen.
![Garis panduan pemantauan dana politik perlu dipersetujui semua pihak - TPM Garis panduan pemantauan dana politik perlu dipersetujui semua pihak - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/61475312188_DSZahidHamidi.jpg)
Garis panduan pemantauan dana politik perlu dipersetujui semua pihak - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata garis panduan itu juga perlu dipersetujui semua parti politik yang terlibat.
![JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/41441112352_PaulLowSengKuan.jpg)
JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan dana politik.
![Pelantikan ke JKNMPP tanggungjawab berat - Wan Saiful Pelantikan ke JKNMPP tanggungjawab berat - Wan Saiful](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81440772197_WanSaifulWanJan.jpg)
Pelantikan ke JKNMPP tanggungjawab berat - Wan Saiful
Pelantikan sebagai ahli Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik adalah satu tanggungjawab yang amat berat.
![JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81438839768_PaulLowSengKuan.jpg)
JKNMPP terima pakai terma rujukan, muktamadkan senarai keanggotaan
Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik pada Jumaat menerima pakai terma-terma rujukan JKNMPP dan memuktamadkan keanggotaannya.
![Dua objek kecil ditemui dalam pencarian MH370 - Liow Dua objek kecil ditemui dalam pencarian MH370 - Liow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51437220802_LIOWTIONGLAI.jpg)
Dua objek kecil ditemui dalam pencarian MH370 - Liow
Usaha akan dilakukan untuk memastikan sama ada dua objek kecil yang ditemui di Pulau Maldives pada Jumaat merupakan serpihan daripada MH370 yang hilang.
!['JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir 'JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51439628487_SHAHRIRSAMAD.jpg)
'JKNMPP langkah perubahan positif politik negara' - Shahrir
Penubuhan JKNMPP adalah langkah terbaik dalam menyatakan perjalanan dana politik selain laporan sumber kewangan, kata pengerusi BNBBC itu.
![Dana politik: JKNMPP perlu teliti 22 cadangan TI-M Dana politik: JKNMPP perlu teliti 22 cadangan TI-M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435138817_AKHBARSATAR.jpg)
Dana politik: JKNMPP perlu teliti 22 cadangan TI-M
Transparency International Malaysia telah memberi 22 cadangan kepada Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik.
![PAS sedia isytihar dana politik PAS sedia isytihar dana politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/71434870940_TakiyuddinHassan.jpg)
PAS sedia isytihar dana politik
PAS mempunyai rekod dan catatan lengkap mengenai dana politik dan tidak mempunyai halangan untuk mengisytihar semua sumbangan dana yang diterima.