Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Khairul Duha Abd Halim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 3.44 petang dan mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai ke lokasi kemalangan.
"Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah kereta jenis Honda terbabas dan terbalik dengan mangsa lelaki tersepit dalam kenderaan itu manakala seorang lagi mangsa iaitu wanita tercampak keluar dari kereta," katanya dalam kenyataan.
"Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.



-- BERNAMA