Warga emas ditemukan mati seorang diri dalam rumah di Kuala Krai
Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid oleh orang awam, semalam.
Bernama
Sun Nov 03 2024
Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid oleh orang awam, semalam. - Gambar fail
KUALA KRAI: Seorang warga emas lelaki ditemukan telah meninggal dunia seorang diri di dalam sebuah rumah dekat Taman Orkid di sini oleh orang awam, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata mayat lelaki berusia 61 tahun itu, ditemukan pada 9.53 malam dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah tersebut.
"Keadaan mayat sudah berbau busuk sehingga mengeluarkan cairan hitam dan hasil siasatan mendapati lelaki terbabit tidak berkahwin serta tinggal di rumah bersendirian.
"Pemeriksaan ke atas badan mayat pula tidak menemui sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan kegiatan jenayah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mazlan berkata mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra di sini untuk bedah siasat dan siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihaknya.