Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan Kota Bharu berakhir semalam.
Bernama
Tue Nov 12 2024
Mereka ditahan terdiri daripada lima warga Thailand, empat rakyat Myanmar, tiga Bangladesh dan seorang warga Pakistan. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan di sini berakhir semalam, kata Timbalan Pengarah Jabatan Imigresen (Pengurusan) Kelantan Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman.
Beliau berkata mereka terdiri daripada lima warga Thailand, empat rakyat Myanmar, tiga Bangladesh dan seorang warga Pakistan berusia lingkungan antara 20 hingga 48 tahun.
"Kesemuanya dihantar ke Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan hari ini.
Imigresen Kelantan tahan 13 pendatang asing
Nik Akhtarulhaq turut menasihati majikan supaya menggajikan warga asing menerusi saluran sah manakala orang ramai diseru memberikan maklumat berkaitan kehadiran pendatang tanpa izin atau sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara dan bersubahat dalam melindungi pendatang tanpa izin," katanya.