Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan terdapat dua kem latihan di Syria yang telah dikenal pasti merekrut dan melatih kanak-kanak dalam perjuangan kumpulan militan IS atau juga dikenali sebagai Daesh.
Difahamkan terdapat kira-kira 500 kanak-kanak mengikuti latihan di kem di negara berkenaan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata kem latihan itu dibina bagi melatih generasi baharu Daesh.
"Salah sebuah kem yang dibina di sana (Syria) adalah khusus bagi kanak-kanak dari Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia yang menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantara mereka.
"Manakala sebuah lagi kem yang ditubuhkan adalah untuk kanak-kanak dari Kazakhstan," katanya ketika ditemui pemberita pada 'Seminar Negara Islam: Jihad vs Militan' di Universiti Teknologi Malaysia, di Jalan Semarak, di sini, hari ini.
Ayub Khan berkata kanak-kanak berkenaan telah didedahkan dengan doktrin kumpulan itu seawal umur dua tahun lagi dan secara tidak langsung akan melahirkan anggota militan yang berbahaya pada usia yang muda.
"Mereka yang menyertai kem latihan ini antaranya adalah anak kepada ahli kumpulan militan itu sendiri sama ada yang dibawa dari negara asal mahupun yang lahir di sana.
"Kanak-kanak ini juga cekap menggunakan senjata bagi tujuan mempertahankan diri jika mereka diancam," katanya.
Beliau berkata kem latihan itu dilaporkan telah wujud sejak tiga tahun lepas di negara berkenaan.
Bernama
Sun Dec 13 2015
![Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438001918_AyubKhanMydin.jpg)
AYUB: Salah sebuah kem yang dibina di sana (Syria) adalah khusus bagi kanak-kanak dari Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Video ancaman: Polis kenal pasti dua militan Daish warga Malaysia Video ancaman: Polis kenal pasti dua militan Daish warga Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438001918_AyubKhanMydin.jpg)
Video ancaman: Polis kenal pasti dua militan Daish warga Malaysia
Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata dua individu warganegara Malaysia itu adalah Abdul Halid Dari dan Mohd Nizam.
![Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438001918_AyubKhanMydin.jpg)
Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM
PDRM mendedahkan terdapat dua kem latihan di Syria yang telah dikenal pasti merekrut dan melatih kanak-kanak dalam perjuangan kumpulan militan IS.
!['Ada ahli IS yang nak pulang beraya' - Ayub Khan 'Ada ahli IS yang nak pulang beraya' - Ayub Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81438001918_AyubKhanMydin.jpg)
'Ada ahli IS yang nak pulang beraya' - Ayub Khan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counterterrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, hasrat itu nyata sukar kerana ia segala dokumen perjalanan mereka telah diambil.
![Pelajar Malaysia sertai IS ketika cuti semester Pelajar Malaysia sertai IS ketika cuti semester](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434460113_295x200.jpg)
Pelajar Malaysia sertai IS ketika cuti semester
Pihak berkuasa tidak tolak kemungkinan pelajar Malaysia di Timur Tengah menyertai kumpulan IS semasa cuti semester.