Polis mendapati ada warga Malaysia yang telah menyertai gerakan pejuang Islamic State (IS) di Syria cuba untuk pulang ke tanah air untuk berhari raya.
Bagaimanapun menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, hasrat itu nyata sukar kerana ia segala dokumen pengenalan diri dan pasport mereka telah dihapuskan ketika menyertai kumpulan itu.
"Memang ada cubaan, tapi mustahil mereka untuk kembali kerana tiada ruang untuk sebarang bantuan ekoran tiada kedutaan Malaysia di Syria.
Bagaimanapun sekiranya ada antara mereka yang berjaya pulang ke negara ini, kita tidak akan bertolak ansur dengan melakukan tangkapan", tegasnya dalam sidang media selepas merasmikan program latihan Cartified Anti-Terrorism Specialist (C.A.T.S.) di Palace of the Golden Horses di Seri Kembangan pada Isnin.
Setakat ini, lapan anggota IS warga Malaysia yang didapati kembali ke tanah air telah ditangkap dan didakwa di mahkamah.
"Sebab itu saya sentiasa tegaskan kepada masyarakat umum bahawa jangan sesekali menyertai IS kerana ia bagaikan 'tiket sehala'. Sekali anda melangkah ke sana, tiada jalan kembali," ujarnya.
Dalam pada itu, Ayub Khan memaklumkan, pihak polis akan meningkatkan kerjasama risikan dengan negara serantau bagi mengesan sebarang aktiviti berunsur keganasan di media sosial.
Ini kerana medium itu ketika ini sedang giat digunakan pemimpin IS untuk menyebarkan ideologinya ke serata dunia.
"Ini amat membimbangkan kerana modus operandi yang digunapakai ini sukar untuk dikesan. Ketika ini mereka mengenalpasti individu yang cenderung untuk menyertai IS menerusi Internet dan mereka boleh berhubung secara terus.
Beliau memaklumkan, tangkapan yang dibuat terhadap seorang suspek pada bulan lepas membuktikan bahawa pergerakan mereka ini secara sulit dan di luar jangkaan.
"Suspek ini tidak pernah berada dalam radar pemantauan kami. Setelah disoal siasat, didapati suspek telah dihubungi terus oleh salah seorang pemimpin kanan IS di Syria dan mengarahkannya untuk melancarkan serangan secara bersendirian.
"Modus operandi ini boleh dinamakan 'lone wolf'. Mereka mendapat arahan melalui media sosial dan tidak perlu datang ke Syria untuk 'berjuang'. Hanya lancarkan serangan di negara masing-masing", jelasnya.
Menurutnya lagi, adalah sukar untuk menyekat sepenuhnya akses kepada laman sosial dan laman web yang dikesan mengwar-warkan ideologi berkaitan keganasan kerana kesemuanya berpusat di luar negara.
Bagaimanapun Ayub Khan turut menjelaskan pihaknya akan terus menjalankan pemantauan bagi menutup segala bentuk ruang dan peluang yang boleh digunakan untuk mereka menjalankan aktiviti yang menganggu ketenteraman dan kesejahteraan negara.
Israr Khalid
Mon Jul 27 2015
Pihak polis akan meningkatkan kerjasama risikan dengan negara serantau bagi mengesan sebarang aktiviti berunsur keganasan di media sosial. - Gambar Astro AWANI
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Video ancaman: Polis kenal pasti dua militan Daish warga Malaysia
Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata dua individu warganegara Malaysia itu adalah Abdul Halid Dari dan Mohd Nizam.
Dua kem di Syria dikenal pasti rekrut, latih kanak-kanak dalam fahaman Daesh - PDRM
PDRM mendedahkan terdapat dua kem latihan di Syria yang telah dikenal pasti merekrut dan melatih kanak-kanak dalam perjuangan kumpulan militan IS.
'Ada ahli IS yang nak pulang beraya' - Ayub Khan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counterterrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay, hasrat itu nyata sukar kerana ia segala dokumen perjalanan mereka telah diambil.
Pelajar Malaysia sertai IS ketika cuti semester
Pihak berkuasa tidak tolak kemungkinan pelajar Malaysia di Timur Tengah menyertai kumpulan IS semasa cuti semester.