Dua pegawai kanan Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian Melaka (MISDEC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan pemindahan wang syarikat ke akaun peribadi milik mereka.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata pasukan penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti-bukti berkaitan kes.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dijatuhi hukuman denda lima kali nilai rasuah atau RM10,000 atau mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Kedua-duanya dijangka akan dihadapkan ke mahkamah Ayer Keroh untuk direman pagi Rabu bagi membantu siasatan.
Menurut sumber Astro AWANI, suspek yang merupakan bapa dan anak masing-masing memegang jawatan Pengurus Eksekutif serta Pengurus Unit Pentadbiran dan Kewangan di syarikat tersebut dipercayai menyalahgunakan kuasa dan jawatan mereka dengan meluluskan dan memindahkan kira-kira RM4 juta wang milik MISDEC ke akaun peribadi milik mereka sepanjang tempoh 2014 sehingga 2015.
Kedua-duanya mereka ditahan di Melaka pada Selasa dan SPRM telah menyita hampir RM600 ribu dalam akaun syarikat tersebut.
Selain itu, pasukan penyiasat juga telah merampas sebuah kenderaan pacuan empat roda dan perkakasan syarikat tersebut bernilai hampir RM350,000.
Menurut sumber lagi, MISDEC merupakan sebuah badan NGO yang mendapat peruntukan daripada Kementerian Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Melaka untuk membina sebuah kolej berasaskan latihan kemahiran industri.
Tambahnya, kementerian sumber manusia dan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM4.5 juta kepada NGO tersebut namun sehingga kini tidak ada sebarang latihan dilaksanakan.
Siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek itu telah menubuhkan sebuah syarikat dan memindahkan hampir kesemua wang itu ke dalam akaun syarikat bagi tujuan peribadi.
Astro Awani
Tue Jul 11 2017
![Dua beranak ditahan SPRM songlap RM4 juta Dua beranak ditahan SPRM songlap RM4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/81471402642_SPRM.jpg)
SPRM: Kedua-dua suspek bakal dihadapkan di Mahkamah Ayer Keroh bagi tahanan reman - Gambar Fail Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
SPRM nafi Azam Baki terlibat dalam penyebaran tomahan babitkan agensi penguat kuasa
SPRM menafikan Ketua Pesuruhjaya agensi berkenaan Tan Sri Azam Baki terlibat dalam penyebaran tohmahan membabitkan agensi kerajaan dan media yang tular baru-baru ini.
![Azam Baki hentikan saman RM10 juta terhadap penyelidik kanan C4 Azam Baki hentikan saman RM10 juta terhadap penyelidik kanan C4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
Azam Baki hentikan saman RM10 juta terhadap penyelidik kanan C4
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki memberhentikan saman fitnah RM10 juta yang dikemukakan beliau terhadap penyelidik kanan C4.
![Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718268443_AzamBaki.jpg)
Rasuah dalam jabatan: SPRM akan bincang dengan KSN, KPPA - Azam Baki
SPRM akan adakan perbincangan dengan JPA dan Ketua Setiausaha Negara berkenaan mekanisme pelaporan isu bekaitan rasuah oleh ketua jabatan.
![SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718256136_SPRM.jpg)
SPRM belum terima panggilan menantu Muhyiddin untuk serah diri
SPRM masih belum menerima panggilan daripada ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan iaitu menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
![Dua peguam ditahan SPRM: LFL tuntut kerajaan campur tangan Dua peguam ditahan SPRM: LFL tuntut kerajaan campur tangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718163328_ZaidMalek.jpg)
Dua peguam ditahan SPRM: LFL tuntut kerajaan campur tangan
Adalah tidak boleh diterima apabila SPRM menafikan aduan peguam sebelum membuat sebarang siasatan terhadap dakwaan mereka, kata LFL.
![Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718158427_Mashup.jpg)
Penahanan Peguam: Tidak timbul isu ganggu hak awam dapatkan wakil perundangan - SPRM
SPRM nafikan tohmahan yang dilemparkan oleh peguam-peguam dalam satu sidang media berkaitan siasatan kes penyelewengan kutipan dana JMC.
![Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717937962_AzamBaki.jpg)
Tanah rizab Melayu: SPRM mungkin panggil bekas Exco Perak bantu siasatan
Saksi-saksi berkenaan termasuk bekas Exco kerajaan negeri dan petugas Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak dalam perkhidmatan ketika itu.
![Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717930656_TANSRIAZAMBAKIjp.jpg)
Rasuah pendaftaran nikah di Thailand: SPRM tak tolak pegawai lebih tinggi terlibat
SPRM tidak menolak kemungkinan penglibatan pegawai lebih tinggi dalam kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
!['Kontena terbang': Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki 'Kontena terbang': Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717931114_TBAzamBaki.jpg)
'Kontena terbang': Beberapa individu termasuk warga Singapura akan ditahan - Azam Baki
SPRM akan menahan tiga lagi individu yang disyaki terlibat dalam kes kontena lari cukai ("kontena terbang") termasuk seorang warga Singapura yang dipercayai menjadi dalang kes terbabit.
![SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717218801_HannahYeoh.jpg)
SPRM terima aduan baharu berkaitan isu kontrak suami Hannah Yeoh
SPRM menerima beberapa aduan baharu berkaitan isu kontrak yang diterima oleh suami Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh daripada kerajaan Selangor.