Ringkasan AI
- SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas FashionValet.
- Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 14 individu dan menjangka menyelesaikan siasatan dalam tempoh dua minggu lagi.
- Siasatan ini berhubung transaksi akaun mencurigakan yang melibatkan kerugian pelaburan Khazanah dan PNB berjumlah RM43.9 juta dalam FashionValet.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan masih diteruskan ketika ini dan pihak SPRM sudah merakam percakapan 14 individu sebelum ini.
"Siasatan masih diteruskan dimana setakat ini sudah 14 orang sudah dirakam percakapan. Jangkaan ada empat lagi percakapan," katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu Azam berkata, pihak SPRM akan cuba melengkapkan siasatan mengenainya dalam tempoh dua minggu lagi.
Semalam, memasuki hari keenam proses rakaman keterangan terhadap pasangan pengasas FashionValet itu dijalankan.
Ia setelah SPRM sebelum ini mengesan terdapat beberapa transaksi akaun mencurigakan dalam siasatan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet.