IPOH: Dua buah bas melibatkan laluan Tapah-Bidor-Sungkai akan beroperasi secara interim atau sementara mulai esok bagi menyelesaikan masalah kehadiran pelajar ke sekolah di kawasan terbabit.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah memberi kebenaran kepada Perak Transit untuk beroperasi mulai 1 Nov menerusi anak syarikatnya The Combined Bus Sdn Bhd sebagai operator.
Operasi itu merangkumi 25 hentian dari Terminal Bas Tapah hingga Terminal Bas Sungkai, katanya.
"Peringkat interim dahulu supaya kita (boleh) tengok laluan itu boleh tak kita tangani... mana-mana sekolah yang ada di antara laluan itu, harap dapat kita selesaikan masalah kedatangan mereka," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata jika berjalan lancar, operasi itu akan dilanjutkan ke peringkat kedua melibatkan tiga lagi lokasi iaitu Manjung, Sungai Siput dan Kamunting.
Nizar berkata perkhidmatan bas berkapasiti 28 penumpang itu akan diteruskan malah ditambah baik sekiranya didapati berjaya menyelesaikan masalah berkenaan.
Pada 22 Okt, Bernama melaporkan ketiadaan perkhidmatan bas di sekitar Bidor sejak beberapa bulan lepas telah menyebabkan kehadiran pelajar ke sekolah terjejas.
Menurut Nizar masalah itu bermula Mei lepas apabila syarikat Hup Yik Omnibus Co. Sdn Bhd menghentikan perkhidmatan bas kerana masalah kewangan dan aduan rasmi mengenai perkara itu hanya diterima pihaknya awal bulan ini.
Sementara itu, Pengurus Besar Perak Transit William Lai berkata pihaknya bersedia menambah baik perkhidmatan bas berkenaan dari semasa ke semasa.
Beliau berkata buat masa ini pihaknya hanya menerima wang tunai bagi bayaran tambang antara 90 sen hingga RM3.20.
Kod QR untuk bayaran tanpa tunai katanya dijangka diperkenalkan pertengahan November ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023

Mohammad Nizar (berdiri) berkata APAD telah memberi kebenaran kepada Perak Transit untuk beroperasi mulai 1 Nov menerusi anak syarikatnya The Combined Bus Sdn Bhd sebagai operator. -Gambar fail

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Pelepasan air empangan dilaksanakan secara berperingkat - Exco Perak
Pihak berkuasa negeri Perak sedang memulakan strategi melalui pelepasan air secara terkawal di kesemua empangan termasuk loji rawatan air (LRA).

Kepala air: Kajian lokasi bina jambatan Bailey selesai, memuaskan - Nizar
Kajian terhadap struktur tanah bagi menentukan kesesuaian lokasi jambatan Bailey bagi menggantikan sementara Jambatan Lama Sungai Slim yang runtuh telah selesai.

Kepala air: Kerajaan Perak cadang pasang siren amaran di Sungai Slim
Kerajaan Negeri Perak bercadang memasang siren amaran di Sungai Slim supaya penduduk lebih bersiap siaga menghadapi bencana seperti banjir dan kepala air.

Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Operasi Pembenihan Awan bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan MetMalaysia.

Kebocoran saluran paip utama punca gangguan air di Pulau Pangkor - Exco
Kebocoran satu daripada tiga saluran paip utama rentas dasar laut disyaki antara punca gangguan bekalan air yang berlaku di Pulau Pangkor ketika ini.

2.5 juta kenderaan dijangka masuk Perak menjelang Tahun Baharu Cina
Lebih 2.5 juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan jalan Persekutuan menjelang Tahun Baharu Cina ini.

Monsun Timur Laut cuti kakitangan JKR, JPS Perak dibeku - Exco
Cuti bagi kakitangan Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran negeri, dibekukan sejak minggu lepas menjelang musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November ini.

Dua bas mula beroperasi esok atasi isu ketidakhadiran pelajar di Bidor - Exco
Operasi itu merangkumi 25 hentian dari Terminal Bas Tapah hingga Terminal Bas Sungkai.

Jalan Kubu Gajah-Sumpitan ditutup sembilan hari susulan tanah runtuh
Laluan itu perlu ditutup kepada semua lalu lintas bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Naik taraf JRTB Gerik-Jeli atasi isu keselamatan, beri manfaat ekonomi
Kata Mohammad Nizar, ia bukti komitmen dan keprihatinan kerajaan Persekutuan terhadap isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur di Perak.