KUALA LUMPUR: Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan (6 Mei) yang mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.
Acara dwitahunan yang memasuki edisi ke-18 kali ini membawa tema Building Resilient Nations For The Next Generation itu disertai lebih 1,200 syarikat dari 45 negara.
Dijadualkan berlangsung selama empat hari di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, acara itu turut menjadi tempat pertemuan utama bagi pengeluar, pembekal, agensi dan organisasi bertukar pendapat dan membina kesefahaman serta kerjasama.
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada edisi kali ini antaranya DSA NATSEC Asia Lab, segmen angkatan masa hadapan, DSA NATSEC Asia TV serta Pavilion Pesawat Tanpa Pemandu (UAV), Dron dan Robotik.
"Saya berharap DSA dan NATSEC kali ini dapat memberi peluang kepada peserta untuk menjalin rangkaian lebih kukuh dengan pemain utama dalam industri, serta membantu dalam mempromosikan produk dan inovasi terkini yang mereka tawarkan.
"Kami juga berazam menjadikan acara ini sebagai satu platform yang inklusif, memperkaya perbincangan tentang isu keselamatan global dan merangsang pemikiran kreatif yang dapat menghasilkan penyelesaian lebih progresif dan holistik demi kemakmuran bersama," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sehingga kini, 30 negara mengesahkan penyertaan dalam pameran itu antaranya termasuklah Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.
Turkiye sekali lagi muncul sebagai kontinjen terbesar pada Pameran DSA dan NATSEC 2024 dengan hampir 70 syarikat dari negara Mediterranean itu telah mengesahkan penyertaan termasuk Aselsan, Canik, Dearsan Shipyard dan Turkish Aerospace Industries.
Perancis juga akan turut membawa 30 syarikat dengan 15 daripadanya ditempatkan di pavilionnya.
Penyertaan syarikat tempatan pula termasuk DEFTECH, Advanced Defence System, OpenApps, MILDEF, Sapura, Malvus Sense, Weststar Group, Nadi Corp, SME Ordnance, System Consultancy Services dan Mindmatics.
DSA dan NATSEC 2024 terbuka kepada delegasi peringkat tinggi, kakitangan kerajaan, profesional dan eksekutif dalam industri pertahanan dan keselamatan serta polis dan agensi penguatkuasaan sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 04 2024
![DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714800932_NadzeemAbdulRahman.jpg)
Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman berkata pihaknya akan memperkenalkan beberapa penambahbaikan kepada edisi kali ini. - Foto Bernama
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024 Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714902876_TBKHALEDNORDINjpg.jpg)
Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.
![DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714800932_NadzeemAbdulRahman.jpg)
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
![DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712102192_kenderaanketenteraa.jpg)
DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik
DSA dan NATSEC Asia telah memainkan peranan yang penting dalam memupuk diplomasi pertahanan antara negara serantau.
![Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648467272_FabriceRochereau.jpg)
Airbus sasar 40 tempahan helikopter baharu dari APAC termasuk enam dari Malaysia
Pengeluar dan penyedia penyelesaian helikopter, Airbus Helicopters menyasarkan untuk menerima 40 tempahan baharu dari rantau APAC tahun ini, termasuk jangkaan sehingga enam tempahan dari Malaysia.
![Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524174117_TBDSAMITECNATSEC.jpg)
Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan
Kajian sedang dibangunkan pihaknya membabitkan pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.
![Jangan hanyut dengan emosi hingga gadai kedaulatan negara - Hishammuddin Jangan hanyut dengan emosi hingga gadai kedaulatan negara - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521367613_Hishamuddin.jpg)
Jangan hanyut dengan emosi hingga gadai kedaulatan negara - Hishammuddin
Kerajaan sentiasa memastikan kedaulatan dan keselamatan negara berada di tempat tertinggi dan berharap rakyat juga tidak akan berkompromi dalam hal itu.
![Zahid lancar ujian saringan psikometrik bagi pengambilan anggota baharu polis Zahid lancar ujian saringan psikometrik bagi pengambilan anggota baharu polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/81461076590_AhmadZahidHamidi.jpg)
Zahid lancar ujian saringan psikometrik bagi pengambilan anggota baharu polis
Ujian tersebut adalah kaedah yang akan digunakan dalam menyaring pengambilan baharu bagi jawatan konstabel, sarjan dan inspektor.
![Kerjasama ASEAN jamin keselamatan serantau Kerjasama ASEAN jamin keselamatan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/51397564184_295x200.jpg)
Kerjasama ASEAN jamin keselamatan serantau
Kerajaan sentiasa menekankan pentingnya kerjasama serantau khususnya ASEAN serta rangkaian hubungan diplomatik yang menjangkau seluruh dunia.