KUALA LUMPUR: Sejak mula dianjurkan pada 1988, Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia telah memainkan peranan yang penting dalam memupuk diplomasi pertahanan antara negara serantau.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Mohd Bakhari Ismail berkata kewujudan diplomasi pertahanan yang baik antara negara-negara dapat mengelak sebarang pertelingkahan dan konflik daripada berlaku.
"Jadi, dengan adanya hubungan (pertahanan) yang baik ini kita dapat mengelakkan konflik dan program (DSA 2024 dan NATSEC) ini juga telah mengumpul banyak pemain industri bagi bertukar buah fikiran dan saling berhubungan antara satu sama lain.
"Ini juga membolehkan mereka memperkenalkan teknologi terkini dalam bidang pertahanan dan keselamatan secara bersemuka serta dapat mewujudkan hubungan saling mempercayai satu sama lain," katanya ketika menjadi tetamu jemputan program 'Apa Khabar Malaysia' terbitan Bernama TV pada Selasa.
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 edisi ke-18 akan diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 6 hingga 9 Mei depan.
Turut hadir sebagai jemputan pada program itu ialah Pengarah Eksekutif DSA 2024 Nadzeem Abdul Rahman.
Setakat ini lebih 1,200 syarikat daripada 45 negara telah mengesahkan penyertaan dalam pameran pertahanan dan keselamatan dwitahunan itu, yang merupakan terbesar dalam sejarah penganjurannya sejak 36 tahun lepas.
Sebanyak 30 negara telah mengesahkan penyertaan dalam pameran itu termasuk Amerika Syarikat, China, Australia, Brazil, Jerman, India, Perancis, Itali, Korea Selatan, Turkiye, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan United Kingdom.
Pada edisi ke-17, sebanyak 380 delegasi kenamaan daripada 40 negara serta 35,567 pelawat perdagangan menghadiri DSA dan NATSEC ASIA 2022 dengan penyertaan kira-kira 1,000 syarikat daripada negara pengeluar industri pertahanan utama dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024

Kenderaan ketenteraan yang dipamerkan dalam Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2022. - Foto fail/BERNAMA

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.

Dron "GAZA" buatan Iran jadi tumpuan di DSA
Replika dron buatan Iran, Shahed-149, mencuri tumpuan pengunjung di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024.

Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan - MINDEF
Sebagai sebuah negara perdagangan bebas, Malaysia beri ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di negara ini.

DSA dan NATSEC Asia 2024 diunjur jana limpahan ekonomi berjumlah RM700 juta
1,324 syarikat dari 60 negara menyertai DSA dan NATSEC Asia 2024 mulai 6 hingga 9 Mei, meliputi keluasan 48,000 meter persegi ruang pameran.

Tawaran jet pejuang KAAN Turki untuk tingkat pertahanan udara Malaysia
Turki sedia bekerjasama dengan Malaysia dalam projek pertahanan untuk kepentingan kedua-dua negara dan bersedia menawarkan jet pejuang generasi kelimanya, 'KAAN.'

Kontrak, MoU bernilai RM8.1 bilion bakal dimeterai di DSA NATSEC Asia 2024
Pameran DSA dan NATSEC Asia 2024 yang bermula esok bakal menyaksikan pemeteraian kontrak dan MoU bernilai kira-kira RM8.1 bilion.

DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.

DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.

DSA, NATSEC Asia 2024 perkukuh diplomasi pertahanan, elak konflik
DSA dan NATSEC Asia telah memainkan peranan yang penting dalam memupuk diplomasi pertahanan antara negara serantau.