Malaysia dijangka mampu memiliki pesawat tempur 'buatan tangan' rakyat tempatan menjelang 2030, kata seorang penyelidik pertahanan tempatan.
Pensyarah Kanan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Roshdi Hassan berkata kajian sedang dibangunkan pihaknya membabitkan pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.
"Kita ada rekaan badan pesawat mengikut jenis kegunaannya. Secara umumnya ,kita reka pesawat pejuang pelbagai peranan (MRCA) yang menggunakan dua enjin.
"Rekaan itu boleh dimodifikasi menjadi pesawat pejuang ringan (LCA) yang menggunakan satu enjin. Terpulang kepada pasukan pertahanan negara untuk menentukan jenis reka bentuk pesawat untuk dibangunkan menjadi pesawat sebenar," katanya kepada Bernama sewaktu ditemui pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Antarabangsa Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2018.
Beliau menjelaskan bahawa sekiranya mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan dan terdapat syarikat-syarikat industri pertahanan yang berminat bekerjasama membangunkan rekaan ini, pihaknya memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun untuk menyiapkannya.
Ini kerana, katanya, ia melibatkan pelbagai proses pembinaan prototaip pesawat dan senjata sebelum ia boleh digunakan sepenuhnya dalam perkhidmatan ketenteraan negara atau boleh dipasarkan ke pasaran rantau ini mahupun antarabangsa.
Jelasnya, saiz pesawat ini juga hampir sama dengan pesawat MiG-29 buatan Rusia dan dikategorikan sebagai pesawat generasi kelima (semakin tinggi, semakin canggih) setanding pesawat tempur negara-negara maju dunia yang kini memasuki generasi keenam.
Amerika Syarikat, Jerman, Rusia, Sweeden dan Perancis adalah antara nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia pembuatan pesawat tempur berteknologi tinggi dan bagi rantau Asia, negara jiran, Indonesia kini dalam usaha membangunkan pesawat peruang jenis KF-X/IF-X dengan kerjasama Korea Selatan yang dijangka selesai menjelang tahun 2026.
Ketika ditanya spesifikasi yang bakal dimuatkan pada pesawat tempur itu, beliau berkata antaranya ialah radar berkuasa tinggi, sistem peperangan elektronik dan teknologi Stealth yang berperanan untuk menyembunyikan pesawat dari radar musuh.
"Keistimewaan pesawat ini nanti ialah ia akan disaluti cat khas jenis 'Hydrophobic Radar Absortion Material Coating' yang berperanan memperkukuhkan teknologi Stealth dan boleh digunakan pada apa jua situasi serta iklim di muka bumi ini.
"Berbanding dengan teknologi Amerika Syarikat, mereka menggunakan cat jenis 'Hydophilic Radar Absortion Material Coating'. Cat ini memberi kesan yang sama dari segi teknologi Stealth, namun terdapat kekurangan ketika pesawat diterbangkan pada cuaca basah atau hujan kerana cat jenis ini menyerap air dan dikhuatiri mampu mengganggu sistem penerbangan pesawat terbabit," katanya.
Mohd Roshdi berkata dengan pembinaan sendiri pesawat tempur ini, ia mampu mengurang kebergantungan Malaysia terhadap aset buatan negara luar.
"Sekiranya berlaku situasi getir melibatkan negara pembuat pesawat itu, ia akan mendatangkan masalah pada kita untuk mendapatkan alat ganti.
"Oleh kerana itu, kita harus membina pesawat dan teknologi sendiri yang sekali gus dapat menjimatkan kos penyelenggaraan sesebuah pesawat kerana ia dilakukan sendiri sepenuhnya di dalam negara.
"Jika tiada halangan dan disokong semua pihak, saya yakin, kita mampu berbangga dengan pesawat tempur pertama buatan anak Malaysia yang akan membelah awan biru dalam tempoh 10 tahun lagi," katanya.
Mohd Roshdi yang juga pengasas Pusat Inovasi Aeroangkasa Malaysia (AMIC) berkata idea untuk membina pesawat tempur Malaysia ini bermula sejak 2007 lagi sewaktu bertugas di Pusat Teknologi Universiti Rolls-Royce di Sheffield, England.
"Pada 2008, saya pulang ke Malaysia dan mula mengumpul kumpulan pakar bagi melakukan penyelidikan dalam setiap bidang antaranya persenjataan, aeroangkasa, radar dan sistem navigasi.
"Setelah 10 tahun, kami bersedia untuk berbincang perkara ini bersama Kementerian Pertahanan Malaysia dengan lebih serius," katanya.
Pameran empat hari di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) yang bermula Isnin lepas menghimpunkan kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dan 350 delegasi luar negara dari 45 negara.
--BERNAMA
Bernama
Thu Apr 19 2018

Laskar Kanan Maritim Mohd Zulhilmi Othman (kanan) dan Lt Muda Kamarul Azizi dari Pasukan Maritim Simpanan Sukarelawan Maritim Malaysia mencuba Sniper CZ CSR berasal dari Republik Czezh pada DSA dan Natsec Asia 2018, 19 April, 2018. -fotoBERNAMA

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP
Plumbum merupakan bahan toksik terkumpul yang mampu menjejaskan sistem tubuh manusia serta boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Nippon Paint sumbang 1,000 liter cat anti-virus dan anti-bakteria kepada Hospital Sungai Buloh
Datin Wong Meng Lee memaklumkan sumbangan Nippon Paint VirusGuard itu merupakan tanda penghargaan atas dedikasi dan usaha barisan hadapan berdepan saat yang sukar ini.

Soren, kucing buta bermata cantik, umpama galaksi
Soren tidak seperti kucing lain kerana haiwan itu mempunyai masalah di matanya, separuh buta, bola mata yang tidak kelihatan anak mata dan ia hanya mampu mengesan cahaya dan kegelapan.

'Sedih karya diconteng tapi kami tak serik untuk hasilkan mural lagi' - Pelukis mural gergasi
Muhamad Firdaus berkata beliau dan rakan-rakan pada awal lagi pernah menjangka hasil seni mereka itu ada kemungkinan akan dirosakkan pihak tertentu.

Papan iklan Perdana Menteri disimbah cat, belum ada laporan polis
Papan iklan yang memaparkan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Mohamed Azmin disimbah cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Thaipusam: Wajah baharu Batu Caves dijangka tarik lebih 1.6 juta pengunjung
Tahun ini kedatangan penganut dan pengunjung akan disambut dengan keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu.

Malaysia dijangka miliki pesawat tempur sendiri 2030 - penyelidik pertahanan
Kajian sedang dibangunkan pihaknya membabitkan pelbagai aspek teknikal termasuk reka bentuk dan keupayaan enjin yang akan digunakan pesawat tempur tersebut.

"Saya punyalah malu masa tu" - Hairul Azreen dedah pernah kerja cat jalan raya
Pelakon Hairul Azreen mendedahkan yang dia pernah melakukan kerja buruh kasar dengan mengecat jalan raya suatu ketika dulu.

Bangunan PPR, PA bakal diceriakan dengan cat baharu
Dalam usaha mengindahkan pemandangan di bandar ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal mengecat baru bangunan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) sekitar ibu negara.

P.Pinang tubuh j/kuasa khas bantu kakitangan MAS diberhentikan kerja
Kerajaan Pulau Pinang menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi membantu kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang diberhentikan kerja.