KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) dengan tegas menafikan dakwaan bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman serta menolak sebarang gambaran negatif terhadap amalan tadbir urus dan perolehannya.
Dalam kenyataan pada Sabtu, DNB menekankan bahawa proses tender dan perolehan pihaknya adalah mengikut struktur piawaian tadbir urus dan amalan terbaik yang paling ketat.
DNB menyatakan demikian bagi menjelaskan beberapa dakwaan mengelirukan yang dibuat oleh Channel News Asia (CNA) dalam sebuah artikel bertajuk 'Malaysia's billion-dollar 5G roll-out stumbles as deal breaks down between powerful telcos, state-owned operator' yang diterbitkan pada 19 April dan kemudiannya dilaporkan oleh beberapa media lain.
Menurut DNB artikel tersebut mendakwa DNB tidak telus dalam menjalankan operasi dalamannya, berkaitan dengan pemberian kontrak kepada vendor pihak ketiga, khususnya untuk peralatan rangkaian 5G Ericsson, serta perolehan perisian dan 'platform perkhidmatan awan yang berpotensi menguntungkan'.
"DNB sentiasa terbuka dan telus dalam pemberian tender dan kontrak, dan perkara ini telah beberapa kali disebut secara terperinci di Parlimen dan dilaporkan di media. DNB juga telah berulang kali menyangkal dakwaan yang sama," tegasnya.
DNB ialah syarikat tujuan khas yang ditubuhkan pada 2021 di bawah Kementerian Kewangan dan kini sebagai pemilik tunggal rangkaian spektrum 5G, malah akan beroperasi tidak lama lagi bersama rangkaian kedua yang masih belum dimuktamadkan.
Mengulas lanjut, DNB memaklumkan bahawa pemberian kontrak peralatan rangkaian 5G melibatkan proses penilaian yang ketat, dengan Ericsson memperoleh skor tertinggi dalam semua prasyarat yang dikenakan.
"Proses tender yang berlangsung itu telah distrukturkan oleh firma perkhidmatan profesional global yang bebas, selain melibatkan kira-kira 50 pakar tempatan dan antarabangsa dari 10 negara yang berpengalaman dalam pelaksanaan rangkaian 5G.
"Proses ini juga telah disemak semula oleh pelbagai pihak, termasuk semasa kajian semula dasar rangkaian 5G oleh Jemaah Menteri pada 2022 dan 2023," tambahnya.
Menurut DNB proses berkaitan Perjanjian Langganan Saham (SSA) yang ditandatangani dengan lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) pula masih berterusan sehingga kini.
"Kami dengan tegas menafikan dakwaan yang dibuat sebaliknya tetapi tidak dapat memberi komen spesifik berkenaan syarat-syarat tertentu atas sebab kerahsiaan," tegasnya.
Memandangkan kedudukan DNB sebagai syarikat awam yang berkhidmat untuk kepentingan umum, sebarang laporan yang diterbitkan seharusnya disahkan dan berdasarkan maklumat yang tepat, jelasnya.
DNB menekankan bahawa pihaknya kekal fokus dalam terus melaksanakan sebuah rangkaian 5G terbaik dan paling dipercayai di dunia dengan kadar dipercepatkan dan pada kos yang ditetapkan.
Pihaknya juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan penggunaan 5G dalam kalangan industri, perusahaan dan masyarakat awam, sekali gus membantu mempercepat transformasi digital negara, tambah DNB.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

DNB menekankan bahawa pihaknya kekal fokus dalam terus melaksanakan sebuah rangkaian 5G terbaik dan paling dipercayai di dunia dengan kadar dipercepatkan dan pada kos yang ditetapkan.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

PM Anwar arah DNB bentang pelan perniagaan pada minggu depan - Fahmi
Digital Nasional Bhd (DNB) perlu kemuka pelan perniagaan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) selewatnya minggu depan.

Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.

TM komited sokong ekosistem 5G walaupun perjanjian ekuiti DNB dibatalkan
Telekom Malaysia Bhd (TM) masih berminat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan ekosistem 5G di Malaysia.

Proses peralihan DWN 5G di Malaysia berjalan lancar - Gobind
Gobind berkata keutamaan sekarang adalah supaya proses itu dapat berlaku biarpun tiada sebarang keputusan muktamad dicapai setakat ini.

Perjanjian langganan saham dengan empat pengendali rangkaian mudah alih selesai - DNB
Di bawah terma SSA itu, empat MNO secara kolektif memperoleh kira-kira 65.1 peratus pegangan ekuiti dalam DNB.

Pencapaian penting SSA tercapai, telco ambil pegangan ekuiti - DNB
DNB berkata ini merupakan pencapaian penting mengenai SSA dengan empat pengendali rangkaian mudah alih di Malaysia.

Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

Kolaborasi DNB-Shopee promosi manfaat 5G, digitalisasi dalam sektor PMKS
Perusahaan runcit negara perlu berdaya saing dengan memanfaatkan kelebihan 5G dan digitalisasi.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.

DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.