KUALA LUMPUR: Syarikat telekomunikasi (telco) yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian (Dual Network) sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam syarikat Digital Nasional Berhad (DNB).
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkembangan itu sejajar dengan tempoh melengkapkan proses penyediaan share subscription agreement pengambilan equiti DNB menjelang 21 Jun ini.
Beliau berkata rangkaian kedua 5G itu turut menumpukan kepada aspek tambahan iaitu penggunaan dalam sektor perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta industri.
"Syarikat telco harus menyiapkan share subscription agreement (pengambilan) equiti DNB menjelang 21 Jun ini dan rata-rata mereka sudah bersedia untuk menandatanganinya.
"Rangkaian 5G ini paling bermanfaat kepada pihak industri dan PMKS, justeru kita memberi penekanan terhadap perkara ini dalam mesyurarat semalam," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Kejohanan Badminton Junior 'Road to NCT' di Sport Arena Sentosa, hari ini.
Fahmi optimis selepas 21 Jun ini, proses rasmi membentuk rangkaian kedua itu dapat dimulakan.
Semalam empat kementerian utama iaitu Kementerian Komunikasi, Kementerian Digital, Kementerian Kewangan serta Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengadakan perbincangan menyeluruh bagi merangka strategi serta pelan tindakan dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G.
Sebelum ini syarikat telekomunikasi terlibat diberi tempoh 20 hari untuk memuktamad dan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam syarikat DNB.
Pada Mei tahun lepas, kerajaan mengumumkan mengenai peralihan daripada model 5G secara rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model 5G secara dwi rangkaian (DN).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 02 2024

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan pada Kejohanan Badminton Junior 'Road to NCT' di Sport Arena Sentosa hari ini. - Foto Bernama
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.