KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia kekal komited untuk melaksanakan dasar model dwirangkaian 5G, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.
"Sejurus selepas itu, proses mengenal pasti syarikat telekomunikasi yang akan membangunkan rangkaian 5G kedua akan bermula," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau selepas menerima kunjungan hormat Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Fahmi berkata dalam pertemuan lebih 40 minit itu mereka membincangkan banyak perkara berkaitan isu telekomunikasi termasuk pelaksanaan rangkaian 5G kedua.
Menurutnya, proses membangunkan rangkaian kedua ini hanya akan dibuka kepada syarikat telekomunikasi yang telah melengkapkan pegangan ekuiti (SSA) dalam DNB.
Beliau berkata pelaksanaan rangkaian 5G kedua bersifat komersial tetapi kerajaan melalui Kementerian Komunikasi telah memutuskan dasar dwirangkaian untuk memacu persaingan dan memastikan kemapanan ekosistem telekomunikasi dalam negara.
"Selain itu, perbincangan kami turut memberi fokus kepada usaha mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian.
"Saya turut menyentuh teknologi "direct-to-cell" melibatkan satelit orbit rendah Bumi (LEO) yang mungkin dapat membantu mengatasi masalah internet di kawasan terpencil serta kawasan yang tiada sambungan internet," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Fahmi (tengah) berkata syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini. -Facebook

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

DNB-Ericson lancar teknologi 5G Advanced, disokong teknologi AI, jimat tenaga
Digital Nasional Berhad (DNB) dan Ericsson melancarkan teknologi 5G Advanced pada rangkaian DNB.

JENDELA:144 menara telekomunikasi beroperasi di Pahang - Exco
Sebanyak 144 daripada 191 menara telekomunikasi yang siap dibina di bawah fasa satu projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) di Pahang telah beroperasi sepenuhnya.

PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.

Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.

Gangguan IT global: Kerajaan tunggu laporan penuh Microsoft, Crowdstrike - Gobind
Kerajaan telah meminta Microsoft dan Crowdstrike menyediakan laporan penuh berhubung gangguan sistem teknologi maklumat (IT) global pada 19 Julai lalu.

Tiada kos tambahan kepada pelanggan bagi rangkaian 5G kedua - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk memastikan model dwirangkaian itu menggalakkan persaingan sihat dalam sektor telekomunikasi.

Kerajaan yakin Malaysia dapat lepasi sasaran KDNK digital 25.5 peratus menjelang 2025 - Gobind
Kerajaan yakin negara mampu melepasi sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digital 25.5 peratus menjelang 2025.

Malaysia sedia laksana rangkaian 5G kedua - Fahmi
Syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwirangkaian tersebut akan melengkapkan proses pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) pada 21 Jun ini.

5G dwi rangkaian: Syarikat telco bersedia ambil pegangan ekuiti DNB
Telco yang terlibat dalam pelaksanaan model 5G dwi rangkaian sudah bersedia untuk menandatangani pengambilan pegangan ekuiti dalam DNB.

Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.