DJI, syarikat pengeluar dron terkemuka kini dilaporkan memfailkan saman ke atas Amerika Syarikat (US Department of Defense), kerana meletakkan syarikat tersebut di bawah senarai yang melabelkannya sebagai syarikat milik tentera China.

DJI sendiri menyatakan telah cuba menghubungi pihak Amerika Syarikat berkaitan dengan perkara ini selama lebih 16 bulan, tetapi tidak berjaya.

Memandangkan tiada sebarang alternatif lain, kini DJI memfailkan saman dan membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan.

DJI sendiri menekankan mereka tidak dimiliki oleh dikawal oleh tentera China, dan pelabelan ini membawa kesan kepada perniagaan mereka.

DJI sebelum ini telah ditambah pada senarai berkenaan pada 2022 yang lepas, sekali gus membuatkan pelbagai firma dan organisasi Amerika Syarikat tidak boleh bekerjasama atau berurusan dengan syarikat-syarikat pada senarai tersebut. -Amanz