Sepasang suami isteri menjejaki ibu kandung kepada anak angkat mereka dikenali Nur Aaliya Safiyya yang baru berusia 30 hari, dipercayai berada di sekitar utara Semenanjung.
Azizul Ariffin, 32 tahun, dari Taman Serindit berkata, dia bersama isteri, Rasliny Abd Razak, 35 tahun, mengambil anak angkatnya itu sejak berusia tiga hari di mana proses penyerahan itu dibuat di hadapan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat, 13 Mac lalu.
Menurutnya, dia dimaklumkan bahawa bayi berkenaan diserahkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri oleh ibu kandung yang berusia 20-an kepada seorang wanita di Kota Kuala Muda pada 12 Mac lalu.
“Wanita itu bersetuju untuk mengambil bayi tersebut kerana ibu kandung bayi itu mengatakan tidak mahu menjaga anak tersebut dan sanggup membiarkan di mana-mana sahaja,” katanya.
Menurut Azizul, atas dasar belas kasihan, wanita berkenaan cuba menyelamatkan Nur Aaliya sebelum diserahkan kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu dalam urusan kebajikan berkaitan.
“Kami juga tanya wanita itu dan NGO berkaitan tentang ibu kandung Nur Aaliya Safiyya, namun mereka kata dia sudah menghilangkan diri. Nombor telefon yang dibagi juga tidak dapat dihubungi,” katanya.
Azizul berkata, pencarian ibu kandung bertujuan melengkapkan syarat melalui permohonan mendapatkan sijil kelahiran Jabatan Pendaftaran Negara yang masih lagi belum diluluskan sehingga kini.
Katanya, bayi comel seberat anggaran 3 kilogram semasa dilahirkan itu dipercayai dilahirkan dalam sebuah rumah di Pulau Pinang, pada jam 7 malam, 11 Mac lalu.
Menurut Azizul, dia dan isteri amat menyayangi bayi tersebut dan bersedia menjaga seperti anak sendiri setelah menunggu 10 tahun untuk mendapat cahaya mata.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Azizul di talian 019-4706255.
Sinar Harian
Wed Apr 11 2018

Pencarian ibu kandung bertujuan melengkapkan syarat melalui permohonan mendapatkan sijil kelahiran. - Foto Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK
kesemua perjalanan dari Eropah akan digantung selama 30 hari.

Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan
Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini lebih panjang iaitu 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini.

Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?
Ibu kepada bayi berusia 30 hari itu dicari bagi melengkapkan syarat mendapatkan sijil kelahiran JPN yang masih belum diluluskan.

RoS akan keluar notis pembubaran PPBM
Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki RoS dalam tempoh 30 hari.