Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dalam tempoh 30 hari, berkuatkuasa 28 Februari lalu.
Ketua Pengarahnya, Surayati Ibrahim berkata, meskipun keperluan minimum menurut Seksyen 14(3) Akta Pertubuhan adalah tujuh hari bagi memberikan maklum balas, jabatan itu memberikan tempoh masa yang lebih panjang iaitu 30 hari.
“Oleh yang demikian, jika pihak PPBM gagal menyerahkan maklumat dan dokumen yang diminta sebagaimana notis yang telah dikeluarkan menurut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan tersebut, tindakan susulan daripada RoS adalah mengikut Seksyen 14 (5) Akta Pertubuhan iaitu mengeluarkan satu perintah pembubaran ke atas PPBM.
“Notis tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh.
Parti itu dikehendaki menjawab dan menyerahkan kepada RoS semua maklumat serta juga dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam Notis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, notis itu dikeluarkan berikutan aduan ahli PPBM kepada RoS dan jabatan itu memerlukan maklumat tersebut bagi melengkapkan siasatan.
“Notis 14(2) adalah suatu notis merujuk kepada perkara yang diarahkan oleh RoS untuk mengemukakan minit-minit mesyuarat cawangan, bahagian dan pusat serta perihal penyata kewangan parti,” katanya.
Surayati menjelaskan, notis dikeluarkan itu adalah suatu notis statutori berdasarkan kuasa menurut Akta Pertubuhan.
November tahun lalu, RoS mendakwa Armada tidak terkandung dalam perlembagaan Bersatu dan pihaknya masih belum meluluskan pindaan perlembagaan parti itu yang ingin menggunakan istilah bagi pemuda mereka.
Pada bulan sama, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan akan mengemukakan laporan berkaitan penubuhan parti kepada RoS bagi mendapatkan maklum balas lebih terperinci mengenai desakan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan.
Pada 30 Disember tahun lalu, PPBM mengadakan AGM bagi sebagai mengikuti tuntutan RoS seperti yang termaktub dalam Akta Pertubuhan.
Sinar Harian
Sat Mar 10 2018

PPBM dikehendaki menjawab dan menyerahkan kepada RoS semua maklumat serta juga dokumen sepertimana yang dinyatakan di dalam Notis tersebut.

Indonesia sediakan 404 pesawat mudahkan perjalanan pulang Aidilfitri 2025
Jumlah penumpang penerbangan semasa musim perayaan Aidilfitri tahun ini dijangka meningkat 12 peratus kepada 6,186,298, berbanding 5,529,659 tahun lepas.

Pembuat filem Hollywood didakwa tipu Netflix US$11 juta
Pendakwa raya persekutuan di New York menuduh Rinsch menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk siri fiksyen sains.

AADK perkenal DAC untuk pemulihan lebih holistik
DAC, sebelum ini dikenali sebagai Pusat Tahanan Reman atau lokap, kini melalui transformasi selari dengan pindaan akta.

Alam Flora galak pengunjung bazar bawa beg guna semula demi kelestarian alam
Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, menyeru orang ramai agar membawa beg guna semula dan bekas makanan sendiri ke bazar Ramadan untuk mengurangkan pembuangan sampah.

Parlimen Serbia sahkan peletakan jawatan PM Vucevic
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning
DAP akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Pentagon akan kurangkan hingga 60,000 kakitangan awam
Tiga cara akan dilaksana Pentagon iaitu letak jawatan secara sukarela, pecat pekerja dalam tempoh percubaan dan hapuskan jawatan dengan tidak menggantikan pekerja yang berhenti secara rutin.

KTMB sedia empat perkhidmatan ETS tambahan sempena raya
Secara keseluruhan, sebanyak 5,016 tempat duduk disediakan bagi tempoh operasi ini untuk memenuhi keperluan pengguna.

Pasaran sewa naik 3.9 peratus, tertinggi dalam lima tahun kepada purata RM2,052 - IQI
Kadar sewa nasional berkembang 2.8 peratus pada suku keempat 2024 berbanding suku ketiga 2024, menunjukkan sewa kembali ke paras pra COVID-19.

RM22 juta peruntukan untuk nelayan Sabah tahun ini - LKIM
Beliau berkata peruntukan RM22 juta itu melibatkan elaun sara hidup nelayan.

COVID-19: Trump umum sekatan perjalanan ke semua negara Eropah kecuali UK
kesemua perjalanan dari Eropah akan digantung selama 30 hari.

Skim harga barang: Tempoh dilanjutkan, lebih barangan disenaraikan
Tempoh Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa tahun ini lebih panjang iaitu 30 hari berbanding 15 hari sebelum ini.

Di manakah ibu Nur Aaliya Safiyya?
Ibu kepada bayi berusia 30 hari itu dicari bagi melengkapkan syarat mendapatkan sijil kelahiran JPN yang masih belum diluluskan.

RoS akan keluar notis pembubaran PPBM
Notis pembubaran akan dikeluarkan terhadap PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki RoS dalam tempoh 30 hari.