Speaker Parlimen, Ana Brnabic, menyampaikan penghargaan kepada Vucevic atas khidmatnya yang berintegriti dan jujur sebagai Perdana Menteri, sambil memuji kepimpinan beliau yang bertanggungjawab dan berani sepanjang tempoh perkhidmatannya.
Vucevic mengumumkan peletakan jawatannya pada 28 Jan tahun ini dalam satu sidang media khas di bangunan kerajaan di Belgrade, dengan menyatakan "ketegangan yang semakin meningkat" susulan insiden runtuhan di Stesen Kereta Api Novi Sad pada November lepas yang mengorbankan 15 nyawa.
Dengan pengesahan peletakan jawatan itu, tempoh 30 hari bermula untuk pembentukan kerajaan baharu.
Jika kabinet baharu tidak dilantik dalam tempoh berkenaan, Serbia akan mengadakan pilihan raya parlimen.
-- BERNAMA
