KUALA LUMPUR:Dewan Negara hari ini membenarkan usul berkenaan isu kartel daging haram untuk dibahaskan.
Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata perkara itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(1) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama
Menurut beliau, bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.
"Saya telah meneliti perkara ini, pertamanya benar perkara ini perkara tertentu, kedua didapati kepentingan orang ramai memang wujud dan terlihat ia memerlukan tindakan segera dan pengawasan selain pemahaman orang ramai perlu diberi perhatian setimpal.
"Oleh itu saya membenarkan usul ini dibahaskan dan usul ini saya tempohkan sehingga jam 1 tengah hari ini atau mengikut kesesuaian majlis pada hari ini untuk menempatkan masa atau ruang bahasannya," katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.
Terdahulu Senator Asmak Husin mengemukakan usul isu kartel daging haram yang menggunakan logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secara salah dan berniat menipu mengikut Perkara 17 Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.
"Saya berpendapat usul ini melibatkan kepentingan orang ramai kerana ia merupakan sumber protein umat Islam yang merupakan majoriti rakyat Malaysia. Bagi masyarakat Islam, makanan halal, haram, shubhah boleh mempengaruhi ibadat, pembangunan fizikal dan keseluruhan amalan kehidupan manusia.
"Ia juga melibatkan nama baik kerajaan khususnya Jakim sebagai pengeluar logo halal yang selama ini diyakini halal dan sucinya, bukan sahaja oleh rakyat Malaysia tetapi juga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa," katanya.
Asmak memaklumkan rakyat juga semakin takut dan marah dengan kes ini kerana sehingga hari ini telah tular beberapa jenama yang biasa digunakan rakyat dikatakan terlibat dalam kes ini.
Telah hampir sebulan siasatan dilakukan dan rakyat menuntut supaya kerajaan menyenaraikan jenama yang terlibat atau sekurang-kurangnya apa-apa laporan awal yang boleh melegakan rakyat.
Oleh itu, beliau menuntut jawapan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) atau pihak yang berkepentingan demi membersihkan nama baik negara dan kepentingan umat Islam di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 29 2020
Rais selaku Yang Dipertua Dewan Negara puas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu tertentu, bagi kepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan. - Gambar fail
APM Kelantan tangkap ular sawa batik seberat 50 kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan menangkap seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram di Kampung Baru Star, di sini semalam.
AWANI Ringkas: PAGS | Pemilikan Rumah | Pelaburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Agenda AWANI: Selangor dinamik | Cita sempurna Malaysia MADANI
Apakah fokus dan strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam mengurus dan meneruskan pembangunan memacu agenda ekonomi negeri serta meningkat kesejahteraan rakyat? Ikuti temubual mengenai Belanjawan Negeri Selangor 2025 bersama Datuk Seri Amirudun Shari, Menteri Besar Selangor dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 26 November 2024
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Fasiliti terbaharu pastikan keselamatan penumpang
2️⃣ Pelaksanaan skim RTO diteruskan - Kor Ming
3️⃣ Lawatan PM ke Korea raih potensi pelaburan RM32.8 bilion
#awaniringkas
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada Selasa memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.
Pasaran getah ditutup tinggi
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran menaik pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.
Agenda AWANI: Empat hari berkerja seminggu, setuju?
Menilai baik buruk cadangan empat hari bekerja seminggu, apa rasional dan implikasinya terhadap produktiviti, motivasi pekerja dan sektor ekonomi dengan ambil kita perkhidmatan sektor awam juga penting kepada industri? Diskusi 8.30 malam
Situasi di Terengganu mereda, namun penduduk tetap siap siaga
Firdaus Azil meninjau situasi banjir di Terengganu dan bagaimana penduduknya melakukan persiapan bagi menghadapi gelombang banjir khususnya di hujung tahun.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, saham wajaran tinggi sokong indeks kekal pada paras 1,600 mata
Bursa Malaysia ditutup tinggi, berbanding pasaran serantau yang lain pada penutup, dengan prestasi cemerlang saham wajaran tinggi menyokong indeks utama untuk kekal pada paras psikologi 1,600.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Kenyataan tegas, himpunan sudah cukup nyata ketegasan Malaysia - PM
Perdana Menteri berkata, Himpunan Solidariti Palestin yang akan diadakan pada Ahad ini juga membuktikan negara benar-benar tegas dalam isu tersebut.
Pembunuhan Ismail Haniyeh ancam cetuskan peperangan serantau di Asia Barat - Menteri Luar
Pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh mempunyai beberapa implikasi yang amat besar terhadap kestabilan dan keamanan global.
Penyedia media sosial perlu pastikan persekitaran dalam talian selamat
Penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan internet mempunyai obligasi untuk memastikan persekitaran dalam talian selamat selepas pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan itu.
Dewan Negara lulus RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024
RUU Perkongsian Liabiliti Terhad (Pindaan) 2024 yang antara lain bertujuan membantu mengurangkan liabiliti kepada pekongsi dalam perkongsian konvensional diluluskan Dewan Negara hari ini.
Penyasaran subsidi, bantuan tunai dijangka tidak beri kesan ketara ke atas inflasi - MOF
Kementerian mengekalkan unjuran rasmi inflasi dan pertumbuhan KDNK bagi 2024 kekal masing-masing pada 2.0-3.5 peratus dan 4.0-5.0 peratus.
KKM sasar 900 klinik kesihatan tawar konsultasi maya menjelang akhir tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan 900 klinik kesihatan di seluruh negara akan menawarkan perkhidmatan konsultasi maya menjelang akhir tahun ini.
Kerajaan perlu belanja RM235 juta anjur Sukan SEA, Para ASEAN 2027 - Hannah
Kerajaan Persekutuan perlu membelanjakan kira-kira RM235 juta bagi menganjurkan temasya Sukan SEA dan Para ASEAN 2027.
Garis panduan pengurusan sisa solar panel dijangka siap menjelang 2025
Garis panduan lebih baik bagi menguruskan sisa solar panel negara dijangka siap menjelang tahun hadapan.