KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan demokrasi negara ini telah 'dikafankan' selepas Parlimen digantung susulan Proklamasi Darurat.
Menurut beliau, penggantungan Parlimen juga sekali gus menyebabkan suara rakyat yang dibawa oleh setiap Ahli Parlimen seolah-olah ditutup apabila tidak dapat disuarakan di Dewan Rakyat.
"Wakil rakyat sepatutnya duduk di Parlimen menyuarakan suara dan nadi rakyat, apabila demokrasi telah 'dikafankan' atau sekurang-kurangnya 'disemadikan' maka apakah suara rakyat harus ditutup kerana kita bukan mulut tempayan?
"Kita harus mengetahui, rakyat harus diutamakan dalam apa keadaan sekalipun," katanya dalam temu bual bersama portal Malaysia Post baru baru ini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mengirim surat kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harus memohon mempertimbangkan penggantungan tugas-tigas Jemaah Menteri digantikan dengan pelantikan Kabinet Darurat Khas merupakan terjemahan suara Ahli Parlimen UMNO dan rakyat.
"Suara Timbalan Speaker Dewan Rakyat (Azalina Othman Said) adalah suara kita, bukan suara beliau sahaja.
"Apabila beliau menulis surat kepada Peguam Negara bukan sahaja dari aspek perundangan dan politik, tetapi itu adalah suara rakyat disalurkan oleh beliau melalui pemikiran beliau," kata Ahmad Zahid lagi.
BACA: Badan perundangan dimandulkan, Azalina cadang Kabinet Darurat Khas
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, beliau menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah yang mengisytiharkan darurat pada 12 Januari lalu.
Bagaimanapun, tegas beliau, apa yang menjadi persoalan ialah kenapa sidang Parlimen digantung dan dalam masa sama sektor industri dibuka semula.
"Tentunya perkara ini mengkehendaki dan meminta Parlimen bersidang. Kenapa Parlimen tidak boleh bersidang? Tetapi pasar malam dibuka, pusat beli-belah dibuka?
"Adakah Ahli Parlimen lebih bahaya daripada pengunjung pasar malam?" tegas Ahmad Zahid penuh sinis.
Menurut Presiden UMNO itu lagi, matlamat asal darurat diisytiharkan ialah bagi menyelesaikan krisis kesihatan dalam negara akibat COVID-19 dan dalam masa sama kerajaan sudah pun mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat terhadap usaha menangani pandemik itu.
Justeru, Ahmad Zahid bingung kenapa darurat perlu diisytiharkan ketika usaha bersungguh-sungguh kerajaan untuk membanteras COVID-19 sudah jelas terbukti.
"Hakikat sebenarnya matlamat asal menangani COVID-19, tapi kita ada SOP cukup ketat, bagi saya tidak perlu darurat diisytiharkan.
"Saya amat setia titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah yang telah dinasihati Perdana Menteri dan beliau juga dapat mandat daripada Jemaah Menteri," ujar beliau lagi.
Mengulas mengenai jumlah jangkitan baharu COVID-19 yang masih tinggi dalam negara, Ahmad Zahid secara sinis mengucapkan peningkatan yang sedang berlaku dalam gelombang masa ini merupakan ‘kejayaan besar’ kerajaan Perikatan Nasional (PN).
"Terdapat anggaran bahawa kes boleh mencapai 20.000 sehari pada bulan Mac. Ia sememangnya merupakan pencapaian yang baik dan ‘kejayaan besar’ bagi negara kita.
“Tentunya ini memberi alasan darurat harus diperpanjang kerana pandemik ini," kata Ahmad Zahid lagi.
Fareez Azman
Mon Feb 22 2021

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, demokrasi Malaysia seolah-olah dikafankan selepas Parlimen digantung susulan pengisytiharan darurat. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.

Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.

BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.

MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.

Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).

Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.

Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.

Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.