PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Rang Undang-undang (RUU) Dasar Generasi Penamat (GEG) yang dijangka dibentangkan kali kedua bulan depan, mendapat kelulusan dua pertiga daripada Ahli Parlimen.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ketika ini antara isu yang tidak dipersetujui adalah berhubung kompaun yang dikenakan kepada kumpulan berkenaan.
Jelas beliau, segelintir pihak berpandangan generasi muda yang menggunakan produk berkenaan hanya perlu dinasihati atau diberikan khidmat masyarakat
"Bagi saya apa pun yang terbaiknya kita selesaikan masalah ini, dan kemudian kita bentang pada bulan 10 (Oktober) ini, dan dapat persetujuan daripada semua Ahli Parlimen.
"Sudah tentu, mesti ada yang mungkin tidak bersetuju. Tetapi kalau secara amnya lebih daripada dua pertiga setuju, Alhamdulillah... Iinsya-Allah kita boleh jalan dengan RUU tersebut," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Persediaan Persidangan Antara Parti Ke-10 dan Sesi Ketiga Mesyuarat Protokol Menghapuskan Perdagangan Haram Produk Tembakau, di sini, hari ini.
Pada 12 Jun lalu, Dasar GEG atau Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 dirujuk sekali lagi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan.
Ia kali kedua RUU berkenaan dirujuk kepada JKPK berkenaan selepas pertama kali dibentangkan oleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pada tahun lalu.
Pengurangan kadar denda kepada RM500 berbanding RM5,000 dalam draf awal, adalah antara enam pindaan dibuat terhadap RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023.
Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM dijadual mengadakan perbincangan dengan JKPK petang ini bagi memuktamadkan pindaan RUU berkenaan.
Tambah beliaum antara intipati yang dijangka dimuktamadkan adalah cadangan tambahan cukai 65 peratus terhadap produk tembakau.
“Kita akan jumpa JKPK petang ini untuk memuktamadkan dapatan yang mereka perolehi. Kita juga ada pandangan kita dan petang ini kita akan cari jalan penyelesaian.
“Adakah pindaan itu kita akan terima secara tuntas atau mungkin ada jalan tengah, kita akan semuanya bincang petang ini,” katanya.
Hasimi Muhamad
Mon Sep 18 2023

Dr Zaliha berkata, ketika ini antara isu yang tidak dipersetujui adalah berhubung kompaun yang dikenakan kepada kumpulan berkenaan - Foto/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

KKM lancar kempen 'Perangi Stigma', hapus diskriminasi terhadap pesakit mental
Kementerian Kesihatan melancarkan kempen 'Perangi Stigma'bagi membanteras stigma dan diskriminasi terhadap individu alami kesihatan mental.

Tiada dasar baharu berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan tidak pernah menetapkan dasar baharu atau meminda garis panduan dalam Akta Perubatan 1971 (Akta 50) berkaitan tempoh pengesahan doktor pakar seperti dilapor sebuah portal.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Lee Lam Thye seru kerajaan perkenal Akta 'Good Samaritan'
Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat seru kerajaan perkenalkan Akta Good Samaritan untuk menyediakan perlindungan undang-undang kepada orang awam.

Parlimen: KKM lakukan kajian awal penggunaan AI dalam saringan kesihatan
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai potensi besar untuk digunakan dalam sistem kesihatan negara terutamanya dapat mempercepatkan aspek saringan dan diagnostik.

Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah kesihatan digabung - Ahmad Zahid
Tiga Jawatankuasa Kabinet di bawah Kementerian Kesihatan kini digabung menjadi Jawatankuasa Kabinet Kesihatan Nasional.

Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.

Produk gula-gula Apple S dikesan mengandungi bahan terlarang sibutramine - KKM
Produk gula-gula jenama Apple S dikesan mengandungi sibutramine iaitu sejenis ubat yang digunakan untuk mengawal selera makan.