KOTA KINABALU:Sembilan syarikat yang terlibat dalam pengimportan daging halal ke Sabah sentiasa dipantau rapi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Arifin Mohd Arif berkata, pemantauan JHEAINS itu dilakukan setiap bulan bagi memastikan tiada isu berkaitan kartel daging berlaku di negeri tersebut.
"Setiap bulan JHEAINS dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kesihatan dan jabatan yang terlibat sentiasa membuat pemantauan ketat terhadap sembilan syarikat yang mengimport daging halal dari luar negara.
"Selain itu, status halal daging yang diimport juga diiktiraf dan ia datang dari negara tertentu seperti New Zealand dan Australia yang ada logo halal, daging kerbau dari India manakala daging ayam dari Belanda serta Denmark," katanya selepas operasi bersepadu berkaitan isu kartel daging di Kota Kinabalu.
Tambah Arifin daging yang diimport ke Sabah dibawa masuk terus ke negeri itu tanpa melalui negeri-negeri lain.
"Diharap kita akan terus dapat kawal (perkara ini) kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar juga sentiasa memastikan supaya Sabah kekal sebagai negeri yang selamat daripada penyakit kuku dan mulut," katanya.
Bagaimanapun, Arifin menegaskan masyarakat di negeri ini supaya sentiasa memberi kerjasama dan melaporkan sebarang maklumat berkaitan kepada pihak JHEAINS sekiranya ada perkara yang meragukan berkaitan bekalan daging di Sabah.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Dec 31 2020

Sembilan syarikat yang terlibat dalam pengimportan daging halal ke Sabah sentiasa dipantau rapi JHEAINS.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Isu halal: Jakim hantar pasukan audit ke Australia dengan segera
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan audit halal bagi melakukan pemeriksaan di semua loji sembelihan dan di 'Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc' (SICHMA)

Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal
SICHMA, selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab.

Individu dedah kepincangan SOP sembelihan di Australia masih gagal dihubungi - Idris Ahmad
Pihaknya tidak menolak kemungkinan individu berkenaan menggunakan nama tersebut disebabkan faktor keselamatan terhadapnya.

Sasar 1,500 ahli kariah masjid diberikan sijil tauliah penyembelihan - JHEAINS
Pengiktirafan sijil berkenaan akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa haiwan disembelih itu adalah halal.

Batal diskusi vaksin saat akhir, Amzad berkunjung ke PPIM sambung perbincangan
Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

Kali terakhir status halal kilang bekal daging ayam China diperiksa 2016 - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO turut terima maklumat Jabatan Pemeriksaan Veterinar (DVS) tidak pernah mengeluarkan permit import (AP) untuk produk ekor lembu.

Label halal palsu: Kerajaan harus proaktif bongkar kes rasuah babitkan penjawat awam - Salahuddin
Salahuddin juga mahu hukuman setimpal dijatuhkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Jakim nafi pegawai minta bayaran bagi daftar premis proses daging halal
Jakim mempunyai mekanisma kawalan serta mengamalkan sistem integriti yang tinggi dan telus bagi mengelakkan berlaku amalan rasuah.