PORT DICKSON: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menyasarkan untuk memberikan sijil tauliah penyembelihan kepada 1,500 ahli kariah masjid terpilih di negeri ini menjelang hujung tahun ini.
Pengarahnya, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata pengiktirafan sijil yang diberikan kepada ahli kariah berkenaan akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa haiwan disembelih itu adalah halal.
"Kita mempunyai 300 masjid di seluruh negeri dan setiap masjid akan menghantar lima wakil untuk menyertai kursus selama sehari. Port Dickson merupakan daerah pertama diadakan dan daerah lain turut akan diadakan dalam masa terdekat.
"Ia merupakan suatu inisiatif untuk memberi pengiktirafan kepada penyembelih awam kerana sebelum ini kita hanya memberi sijil kepada penyembelih komersial," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Tauliah Penyembelihan Peringkat Port Dickson di sini, hari ini.
Beliau berkata kursus itu bertujuan meningkatkan kefahaman kepada orang awam selain melatih generasi baharu mengenai teknik sembelihan halal dan amalan penyembelihan secara lebih mendalam.
JHEAINS-SIJIL 2 (AKHIR) PORT DICKSON
Terdahulu, seramai 111 ahli kariah terpilih dari sekitar Port Dickson menyertai kursus yang diadakan di Masjid Kariah Kampung Paya, dekat sini, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata JHEAINS kini sudah bersedia dengan sebarang prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan aktiviti yang dibenarkan di masjid dan surau sepanjang Ramadan ini.
"Sekarang kita sedang rangka SOP dan tunggu pengumuman daripada kerajaan. Jika tidak dibenarkan untuk adakan aktiviti di masjid, kita sudah siap sedia dengan SOP yang ada," katanya.
Pada 16 Mac lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri dibenarkan beroperasi di seluruh negara bagi menyambut ketibaan Ramadan pada tahun ini selain solat tarawih juga dibenarkan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Pengiktirafan sijil berkenaan akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa haiwan disembelih itu adalah halal. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Sasar 1,500 ahli kariah masjid diberikan sijil tauliah penyembelihan - JHEAINS
Pengiktirafan sijil berkenaan akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat bahawa haiwan disembelih itu adalah halal.