BUKIT GANTANG: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya, apabila menerima maklumat termasuk menggantung kilang atau loji pembuatan makanan untuk siasatan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata tindakan itu perlu, memandangkan pensijilan halal Malaysia antara yang dihormati di seluruh dunia.
"Kerana itu kita serius dan tidak main-main mengenai halal. Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa baru-baru ini Jakim menggantung sebuah dari 16 loji yang ada di bawah pemantauan Jakim untuk siasatan," katanya dalam sidang media pada majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) mukim Trong dekat sini hari ini.
Pada 14 Mei, Jakim menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia berkuat kuasa serta merta, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.
Ketua Pengarahnya Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata pada masa sama Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA), selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu, akan diberi surat tunjuk sebab dan berdepan dibatalkan status badan pensijilan halal, sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Tindakan itu dibuat selepas seorang lelaki dikenali sebagai 'the Hood Man' atau Abdullah, membuat pendedahan bahawa loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia didakwa tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.
Idris berkata pihaknya akan menghubungi orang yang membuat laporan tersebut untuk mendapatkan maklumat lengkap.
"Penyebar video itu menggunakan nama samaran Abdulllah. Dia ada nama lain, dia dari Somalia. Kita juga sedang menghubunginya untuk mendapatkan maklumat lanjut," jelasnya.
Dalam pada itu, mengenai jemaah haji, Idris berkata Tabung Haji telah membuat panggilan kedua pada 10 Mei lalu, untuk jemaah yang layak ke Tanah Suci nanti.
"Bagaimanapun jumlah panggilan itu saya tidak pasti, kerana panggilan itu berdasarkan mereka yang menolak tawaran daripada panggilan pertama yang ditutup pada 9 Mei lalu," katanya.
Menurutnya, penerbangan pertama yang dijangka pada 31 Mei ini kemungkinan akan ditunda antara 3 hingga 4 Jun depan, kerana kekurangan pesawat dan perkara ini akan dikemas kini kemudian.
Malaysia memperoleh kuota 14,306 orang untuk menunaikan haji tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
![Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal Jakim tidak berkompromi dengan sijil halal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51651985007_DatukIdrisAhmad.jpg)
Manurut Idris, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) tidak akan berkompromi dengan pensijilan halal dan akan bertindak sewajarnya. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699342761_WargaEmas.jpg)
Cetakan senaskhah al-Quran bukan RM500 - Menteri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kos cetakan senaskhah al-Quran bagi operasi mencetak sejuta al-Quran, cuma RM38 dan bukannya RM500.
!['Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad 'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51698218830_TBIdrisAhmad.jpg)
'Serah peruntukan Ahli Parlimen pembangkang kepada JKM, baitulmal' - Idris Ahmad
Idris Ahmad mencadangkan peruntukan wakil rakyat pembangkang bagi tujuan membantu rakyat di kawasan masing-masing diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan baitulmal.
![Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71693178630_TBMASHZAHIDIDRIS.jpg)
Zahid bimbang prestasi PRK Johor berulang seperti PRN - Idris
Kenyataan Ahmad Zahid seolah-olah bimbang bahawa keputusan PRK di Johor akan memperlihatkan prestasi sama seperti PRN di enam negeri.
![Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686102463_TBIdris.jpg)
Jika tunggang agama, mengapa ramai sertai Pas - Idris Ahmad
Katanya, pihak yang memperalatkan agama ialah mereka yang meletakkan sesuatu perkara halal sebagai haram dan begitu juga sebaliknya.
![Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658761422_DatukidrisAhmad.jpg)
Pertemuan Hadi-Tun M: Pas nafi mahu tinggalkan Bersatu - Idris
Pas menafikan dakwaan pertemuan yang berlangsung antara Presiden Pas dengan Dr Mahathir sebagai langkah untuk meninggalkan Bersatu.
!['Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris 'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61682837664_Idris.jpg)
'Rundingan kerusi PN hampir 50 peratus selesai' - Idris
Rundingan pembahagian kerusi dalam kalangan komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sudah berjalan hampir 50 peratus.
!['Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad 'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676276843_SyedSaddiq.jpg)
'Syed Saddiq janji akan kahwin sebelum PRU16' - Idris Ahmad
Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal menamatkan zaman bujang sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668553162_IdrisAhmad.jpg)
PRU15: Gelombang anak muda kini memihak kepada PN - Idris Ahmad
Ia terlihat selepas terbubarnya Parlimen dan mereka di negeri-negeri ditadbir Pas khususnya, menunjukkan sokongan kepada PN.
![PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667315435_IdrisAhmad.jpg)
PRU15: Dr Noor Azmi gugur calon PN, Wan Saiful sah ke Tasek Gelugor
Penyandang Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali digugurkan daripada senarai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51666672507_IDRISAHMAD.jpg)
Dokumen inisiatif lelaki Qawwam dilancar, perkasa kepimpinan golongan lelaki
Dokumen Inisiatif Lelaki Qawwam (ILQ) dilancarkan hari ini bagi memperkasakan golongan lelaki dengan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan dan sosial.