BEAUFORT : Niat seorang lelaki meleraikan pergaduhan antara adik-beradiknya tidak kesampaian apabila mangsa cedera di pipi selepas terkena pisau yang dipegang abang kandungnya di Kampung Lubak, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, abang mangsa dikatakan mengamuk selepas dilarang pergi ke Kota Kinabalu oleh ibu mereka.
Difahamkan, ibu mereka tidak membenarkan suspek yang berusia 32 tahun terbabit ke Kota Kinabalu untuk mengambil barang kerana menggunakan motosikal orang lain selain tidak mempunyai lesen.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang berang dengan larangan itu meninggikan suara memarahi ibunya.
Ekoran itu, Yusoff Zaki berkata, kakak mangsa menegur suspek kerana meninggikan suara dan menyebabkannya bertambah marah sebelum bertindak mengambil pisau di dapur rumah.
"Mangsa kemudian datang untuk cuba menghalang dan meleraikan pergaduhan berkenaan namun pisau yang dipegang suspek terkena pipi sebelah kanannya.
"Suspek kemudiannya melarikan diri dan usaha mengesan dan menahan suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Yusoff Zaki berkata, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian pipi kanan dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Beaufort dan terpaksa menerima tiga jahitan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya.
Junaidi Ladjana
Tue May 11 2021

Hanya kerana berang ditegur, suspek mengambil pisau di dapur dan mengacu pada adiknya, namun sempat dihalang sebelum terkena pipi mangsa. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Saya tidak berniat mulakan perang mulut, tetapi mahu pertahankan pegawai' - King Sing
Pihak yang terlibat digesa menahan diri daripada menyerang langkah-langkah dijalankan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan tanpa asas melalui semua saluran untuk agenda peribadi.

Polis tahan enam remaja kerana bergaduh
Gara-gara perang mulut, sekumpulan remaja bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Langsat di Kluang.

Isu tidak bayar gaji pemain KDA FC: Sanusi nafi dakwaan TMJ
Muhammad Sanusi menambah kenyataan berupa sindiran yang menunjukkan bahawa beliau telah sekian lama bermain bola sepak berbanding TMJ.

Cuba lerai 'perang mulut' abang dan kakak, pipi adik cedera terkena pisau
Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, abang mangsa dikatakan mengamuk selepas dilarang pergi ke Kota Kinabalu oleh ibu mereka.

Isu Norizam bersama FAM, MFL selesai
Pertikaman lidah antara pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman dengan FAM dan MFL akhirnya selesai menerusi pertemuan di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Caj air mentah: Kerajaan Pulau Pinang enggan 'perang mulut' dengan Kedah - Chow Kon Yeow
Menurut Chow, jika perkara itu tidak diselesaikan dengan baik, beliau bimbang situasi itu akan berpanjangan sekali gus memberi gambaran buruk terhadap pemimpin negeri.

Akibat perang mulut, lelaki dibunuh rakan sebilik di Ampang
Perang mulut dipercayai bertukar ganas dan mangsa dijumpai rebah di ruang tangga di tingkat atas rumah sewa mereka.

McGregor ibarat isteri yang cemburu - Khabib
Perang mulut antara dua jaguh seni bela diri campuran (MMA) UFC, Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor nampaknya masih berterusan.

Jamal hanya 'perang mulut' - KPN Khalid
"Pada saya ia hanyalah 'war of words', jadi terpulang pada anda untuk menerimanya. Tetapi kalau ada laporan, kita akan melihat perkara ini."