KLUANG: Gara-gara perang mulut, sekumpulan remaja bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Langsat di bandar ini tengah malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah malam dipercayai bermula daripada perang mulut antara dua remaja.
"Akibat daripada rasa tidak puas hati berlaku pergaduhan antara mangsa berumur 18 tahun dengan empat remaja yang juga rakannya.
"Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila mangsa telah mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan-rakannya.
"Susulan daripada kejadian itu, lima rakannya ditahan secara berperingkat semalam," katanya melalui kenyataan hari ini.
Bahrin berkata, semua tangkapan serta rampasan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jun 17 2023

Tangkap layar video yang tular memaparkan beberapa remaja membelasah seorang rakannya di Jalan Langsat, bandar Kluang, pada tengah malam Khamis. - Sinar Harian

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Polis tahan enam remaja kerana bergaduh
Gara-gara perang mulut, sekumpulan remaja bergaduh di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Langsat di Kluang.

Polis tahan tujuh remaja perempuan bergaduh kerana tuduhan kesat
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata kesemua remaja berusia antara 14 dan 17 tahun itu ditahan di Kampung Pisang dan Kampung Panji.