SEREMBAN: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS) menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan yang merekodkan kualiti udara tidak sihat atau mengalami cuaca panas supaya mengambil langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan terhadap kesihatan.
Pengarahnya Datuk Dr Harlina Abdul Rashid berkata orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit.
Beliau berkata mereka juga perlu memakai pelitup muka yang sesuai jika berada di kawasan berjerebu dan menggunakan pelindung diri seperti payung dan topi bagi mengelakkan pendedahan secara langsung kepada cuaca panas serta mengelakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan termasuk merokok.
"Pada ketika ini, negara kita sedang dilanda cuaca panas yang memberi kesan kepada kualiti udara dan suhu ambien di beberapa kawasan.
"Cuaca panas yang terlampau boleh menyebabkan seseorang kerap berpeluh dan kesannya cecair dalam tubuh akan berkurangan seterusnya menyebabkan individu terbabit akan mudah berasa letih dan kurang bertenaga serta lebih berisiko mengalami dehidrasi dan strok haba," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr Harlina menasihatkan orang ramai agar banyakkan meminum air kosong walaupun tidak terasa dahaga, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi mengekalkan tahap hidrasi badan yang berperanan penting untuk mengawal atur suhu badan.
Beliau turut meminta mereka yang tidak sihat supaya mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan terdekat.
Langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas dan jerebu boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan, katanya.
Dr Harlina berkata berdasarkan pemantauan status cuaca panas oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam, terdapat tujuh kawasan di Semenanjung berada pada Tahap Amaran satu (Berjaga-jaga) iaitu Kuala Terengganu (Terengganu), Jeli, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah (Kelantan), Rompin (Pahang) dan Jempol (Negeri Sembilan).
Setakat padi tadi, kualiti udara di tiga stesen pengawasan kualiti udara iaitu di Seremban, Nilai dan Port Dickson menunjukkan tahap indeks sederhana, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 24 2023

Dr Harlina berkata orang ramai perlu mengehadkan masa berada di luar bangunan dan melakukan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas dan jerebu kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit. - Gambar hiasan

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Cuaca panas, kering landa utara Semenanjung, Pahang dan Kelantan hingga Mei
Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

China catat tahun paling panas pada 2024
Bacaan purata kebangsaan pada 2024 adalah 10.9 darjah Celsius, 1.01 darjah Celsius melebihi purata tahunan.

Cuaca panas Tahap 1 di tiga kawasan - MetMalaysia
Tiga kawasan itu ialah Kemaman, Terengganu, Maran, Pahang dan Limbang, Sarawak.

Cuaca panas di semenanjung tempias Taufan Trami
Fredolin berkata, Malaysia didominasi fasa kering Ayunan Madden-Julian yang menghalang perolakan dan mengurangkan pembentukan awan dan penurunan hujan.

Tujuh kawasan di Semenanjung alami cuaca panas sekurang-kurangnya tiga hari
Larut, Matang dan Kuala Kangsar (Perak), Gombak dan Petaling (Selangor), Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Maran dan Temerloh di Pahang merupakan kawasan yang terlibat.

Amaran gelombang haba dikeluarkan untuk Seoul
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu tertinggi dijangka mencapai 33 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut.

Hospital Putrajaya buat persiapan rapi, siap sedia bantuan perubatan
Pasukan perubatan dengan kekuatan 250 petugas disediakan, dengan petugasnya termasuk daripada beberapa hospital di Lembah Klang.

Seoul catat rekod 'malam tropika' terpanjang dalam 18 tahun
'Malam tropika' berlaku apabila suhu kekal pada 25 Celsius atau lebih tinggi dari 6.01 petang hingga 9 pagi keesokan harinya.

Bosnia-Herzegovina mohon bantuan antarabangsa padam kebakaran hutan
Majlis itu pada Isnin meluluskan keputusan yang dicadangkan oleh Kementerian Keselamatan untuk mendapatkan bantuan antarabangsa.

Kesediaan makanan lebih penting bagi pengguna daripada kualiti - Presiden CFOS
Cuaca ekstrem yang melanda ketika ini tidak menjejaskan pengguna untuk mendapatkan bekalan makanan selagi mana harga tidak melambung.