KUCHING:Empat lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan  Sarawak hari ini. Ia merupakan kes kematian tertinggi akibat virus ini sejak kes kematian pertama pada 17 Mac 2020.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memaklumkan keempat-empat kematian ini direkodkan di Hospital Sibu.

Kes kematian tertua merupakan seorang lelaki warga emas tempatan berusia 95 tahun. Kes kematian ke-46 ini telah mendapat rawatan di Hospital Sibu selepas saringan ujian rT-PCR pada 28 Januari lalu mengesahkan kes positif COVID-19.

Keadaan kesihatannya merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Februari 2021.

Sementara itu kes kematian ke-45 juga melibatkan lelaki tempatan yang berusia 65 tahun.

Kes yang mengalami simptom sesak nafas, batuk, demam dan hidung berair sejak 28 Januari 2021 mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sibu pada 3 Februari lalu.

Pada tarikh sama kes disahkan positif COVID-19 sebelum menghembuskan nafas terakhir juga pada hari yang sama.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, gout dan dislipidemia.

Bagi kes kematian ke-47 melibatrkan seorang lelaki tempatan berumur 82 tahun telah dimasukan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam.

Saringan ujian rT-PCR yang dijalankan pada 26 Januari 2021 mengesahkan kes positif COVID-19.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 4 Februari. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan strok.

Kes kematian ke-48 pula  merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 79 tahun yang telah dimasukkan Hospital Sibu apabila ujian bagi saringan kontak rapat.

Kes disahkan positif selepas ujian rT-PCR kali kedua pada 3 Februari 2021.

Keadaan kesihatan kes merosot dan disahkan meninggal dunia pada 5 Februari 2021.

Kes mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggan kronik dan juga sejarah strok.

Sementara itu kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini berjumlah 178 kes menjadikan jumlah kumulatif kes itu meningkat kepada 5,272 kes.