ALOR GAJAH: Tindakan lebih drastik dengan menutup sementara terhadap kilang mencetuskan kluster COVID-19 daripada beroperasi sepenuhnya perlu dilakukan bagi mengekang penularan jangkitan yang menyumbang kepada peningkatan kes di Melaka.
Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Ismail Othman berkata penutupan sepenuhnya itu penting bagi memastikan semua pekerja dapat menjalani saringan dan kuarantin ditetapkan sekiranya didapati positif COVID-19.
Beliau berkata pelaksanaan tindakan berkenaan akan dicadangkan kepada kerajaan negeri pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas COVID-19 Melaka dalam masa terdekat ini.
"Kita tidak boleh tutup bahagian tertentu sahaja dan membuka bahagian lain dalam kilang yang dikesan berlaku kes positif COVID-19 dalam kalangan pekerja mereka khususnya warga asing, seperti dilakukan sekarang.
"Kerajaan negeri perlu belajar dari kesilapan berlakunya tiga kali kluster sama melibatkan sebuah kilang di Batu Berendam sepanjang penularan COVID-19 di negeri ini," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Linggi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi berkata penutupan sementara operasi sepenuhnya itu penting bagi mengurangkan kes penularan di Melaka sekali gus menamatkan kluster terlibat sepenuhnya.
Semalam akhbar melaporkan Melaka mencatatkan peningkatan mendadak kepada 835 kes berbanding 222 kes pada Jumaat.
Akhbar turut melaporkan sebuah kilang komponen elektronik di Batu Berendam di sini diarah tutup kali ketiga selepas merekodkan trend tinggi penularan COVID-19 dengan jumlah kumulatif positif mencecah 1,000 kes, hingga Jumaat.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman dipetik sebagai berkata kilang itu diarahkan menutup operasinya di Blok 3 dan 4 pada 29 Jun hingga 16 Julai depan manakala operasi di Blok 5 dan 6 diarahkan ditutup bermula Khamis hingga 21 Julai depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 11 2021

Tindakan lebih drastik dengan menutup sementara terhadap kilang mencetuskan kluster COVID-19 daripada beroperasi sepenuhnya perlu dilakukan bagi mengekang penularan jangkitan yang menyumbang kepada peningkatan kes di Melaka. - Gambar fail/hiasan

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.

Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.

JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.

Eve Energy di Kedah diuar-uar jadi pembekal bateri ke-6 Tesla
Menurut laporan LatePost, kilang Eve Energy di Malaysia dijangka mula membekalkan bateri simpanan tenaga kepada Tesla US pada 2026.

Dua maut, 10 lagi cedera dalam letupan kilang di AS
Letupan berkenaan menyebabkan sebahagian daripada bangunan kilang runtuh dengan pekerja masih di dalam.

Pencemaran bau: Dua kilang di Nibong Tebal diarah henti operasi serta-merta
MBSP mendapati kilang terbabit masih beroperasi hingga secara berterusan menyebabkan gangguan kepada penduduk.

Dua penjenayah maut ditembak polis di Pulau Pinang
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.20 pagi ketika sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Angkara mulut, lelaki bunuh rakan sekerja
Kejadian bermula dengan pergaduhan mulut antara kedua-dua mereka.

Kilang farmaseutikal di India meletup, 15 terbunuh
Angka kematian setakat ini mencecah 15 orang dan berkemungkinan meningkat dengan hampir 40 orang cedera.

10 cedera dalam kejadian reaktor kilang terbakar di Bintulu
Menurut PGOB kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.