KUALA LUMPUR: Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara mencecah 104 peratus, Ahad lepas menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei lepas.
Menurutnya kadar penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan dan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal kini dapat ditempatkan di ICU.
"Bagaimanapun kadar penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu, iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus.
Begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Menurut Dr Noor Hisham hospital seluruh negara juga berdepan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya dalam kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit.
Katanya pesakit berkenaan memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19.
Statistik yang diterima Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori empat adalah antara 14 hingga ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori lima pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hingga 26 hari.
"Bahaya penularan COVID-19 dan kapasiti hospital (terutama ICU) bagi menampung kes-kes COVID-19 adalah di tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun.
Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini," katanya.
Dr Noor Hisham berkata statistik juga menunjukkan jumlah kes positif COVID-19 pada minggu epidemiologi (ME) ke-22 menurun 2.6 peratus atau 1,379 kes berbanding minggu sebelumnya, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Namun begitu, dalam tempoh sama iaitu dari 30 Mei hingga 5 Jun, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21.
"Pada awal ME ke-21, jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 ia meningkat kepada 78,017 dengan peningkatan kes sebanyak 20,995 kes atau 37 peratus," katanya.
Menurutnya pada Selasa, jumlah kes aktif COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82,797 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 08 2021
Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di ICU hospital KKM seluruh negara mencecah 104 peratus. -Gambar fail
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
[TERKINI] Suspek bunuh, simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku didakwa
Seorang lelaki dipercayai menumbuk dada ibu kandungnya hingga maut dan menyumbat mayat mangsa dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di rumahnya di Taman OUG, Kuala Lumpur Didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Faida Rahim ada perinciannya langsung dari Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Vaksinasi dan pendidikan usaha perangi penyakit anjing gila di Sarawak
Usaha untuk memerangi rabies ini sedang giat diteruskan sejak kemunculannya semula pada tahun 2015.
Pasukan Remaja, Senior bersinar di ICU Cheerleading World Cup
Kejayaan itu dicapai di sebalik pasukan bergelut dengan kecederaan menimpa atlet dan jurulatih, memaksa perubahan saat akhir kepada rutin mereka.
Masa untuk Mickey kembali bersama Harimau Malaya semakin hampir
Pemain sayap kebangsaan Mohamad Faisal Abdul Halim memberi bayangan masa untuknya kembali menyarung jersi skuad Harimau Malaya semakin hampir.
Exco Pelancongan Perlis kembali bertugas seperti biasa - MB
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad telah kembali bertugas minggu lepas.
Suspek tikam ibu saudara masih di ICU, belum stabil - Polis
Suspek dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang setelah mengadu pening kepala sebaik tangkapan dijalankan.
Lebih banyak RKI dibina dalam Parlimen Alor Gajah - Adly
Lebih banyak rumah baharu dan pembaikan rumah rosak atau uzur di bawah inisiatif RKI akan dilaksanakan dalam Parlimen Alor Gajah demi keselesaan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan.
ADUN Mahkota dilapor dalam keadaan kritikal
Ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
92 projek pembangunan di Kelantan akan dimulakan tahun ini
Sejumlah 92 projek pembangunan baharu di Kelantan berjumlah RM2.8 bilion diluluskan kerajaan Persekutuan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) akan dimulakan tahun ini.
Keadaan Exco Pelancongan Perlis bertambah baik, kini ditempatkan di wad biasa
Keadaan Wan Badariah Wan Saad kini semakin bertambah baik, dan ditempatkan di wad biasa selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada 14 Mei.
Lata Bayu ditutup sementara, dua pengunjung disyaki dijangkiti kencing tikus
Dua mangsa kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Kedah.
Penunggang motosikal maut selepas 11 hari bertarung nyawa
Pada jam lebih 8.20 malam Isnin, mangsa telah disahkan meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) HTAN.