Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ubat tidur yang diberikan kepada beliau telah dihentikan sejak pagi tadi.
"Situasi Datuk Sharifah Azizah, agak kritikal dan kita doakan Allah mudahkan urusan sebaik-baiknya, diberikan kesembuhan. Jika sebaliknya berlaku kita sama sama-sama berdoa dan segala urusan dipermudahkan.
"Ikut doktor pakar, ubat tidur telah dihentikan sejak pagi tadi. Kita doakan yg terbaik," katanya pada sidang media di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid menziarahi Sharifah Azizah Syed Zain dan tiba di perkarangan hospital berkenaan kira-kira jam 10.36 pagi sebelum dilihat diiringi memasuki premis itu.
Turut mengiringi Pengarah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Dr Mohamad Nizam Subahir, bekas Menteri Perpaduan Halimah Mohamed Sadique dan Ketua UMNO bahagian Kluang, Datuk Jais Sarday.