Menerusi platform TikTok, Eva Zarina berkongsi perkembangan terkini keadaan bapanya sambil meminta ruang untuk beliau fokus sepenuhnya pada rawatan.
"Saya ingin memohon kebaikan semua untuk mendoakan kesihatan Tokmat @Saya Zaharil dan memberikan ruang kepada daddy saya agar dapat fokus sepenuhnya pada rawatan beliau.
"Kepada para client yang dihormati, kami akan menghubungi anda semula sebaik sahaja keadaan kembali stabil. Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua," tulisnya di ruangan kapsyen.
Ahmad Zaharil dikenali ramai sebagai 'peguam rakyat' kerana keprihatinannya membela golongan kurang bernasib baik.
Beliau pernah tular di media sosial apabila kisahnya membantu seorang wanita susah yang dituduh mencuri kotak pensil demi anaknya menjadi perhatian.
Di media sosial, Ahmad Zaharil sering berkongsi nasihat guaman secara santai, yang disampaikan dengan penuh mesra, menjadikannya seorang figura yang dihormati dalam masyarakat. - Gempak