Hospital baharu Sri Aman bernilai RM180.8 juta yang dijadualkan beroperasi pada Jun tahun depan, ditangguhkan sekurang-kurangnya selama enam bulan lagi disebabkan beberapa keadaan yang tidak dapat dielakkan, kata Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang pada Jumaat.
Beliau berkata kerja-kerja pembinaan hospital berkenaan kini 83 peratus siap dan antara sebab penangguhan tersebut termasuk pandemik COVID-19 yang menyebabkan kerja pembinaan tidak dapat dijalankan selama empat bulan serta 500 pekerja asing dari China dan Indonesia telah kembali ke negara masing-masing.
"Sekarang kontraktor terpaksa bergantung sepenuhnya kepada pekerja tempatan yang bukan mudah mendapatkannya. Mereka memanggil 290 pekerja tempatan tetapi hanya 82 orang yang datang bekerja," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pembinaan itu semalam.
Bagaimanapun, beliau berkata kontraktor berkenaan telah memberi jaminan kepadanya bahawa projek tersebut akan siap pada Februari tahun depan.
Kerja pembinaan hospital yang akan dilengkapi 1,310 bilik dan 108 katil itu, bermula pada 2016.
Hospital berkenaan berpotensi menjadi kemudahan kesihatan utama untuk penduduk di kawasan sekitar termasuk Lubuk Antu, Simunjan dan Betong.
Projek tersebut diluluskan pada 2007 dengan fasa pertama kerja-kerja pembersihan dan pemasangan cerucuk di kawasan seluas 20.6 hektar itu selesai pada Ogos 2013.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020

Aaron mencatat sesuatu ketika meninjau dan melawat kemajuan projek Hospital baru Sri Aman sebagai usaha kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kemudahan kesihatan rakyat di Sri Aman, 21 Ogos, 2020. -- fotoBERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Peranan pemimpin KRT selesai isu perkauman dapat pujian Menteri Perpaduan
Peranan KRT dalam menyelesaikan polemik itu memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap badan itu sebagai agen perpaduan.

Penjual jagung hina kaum India mohon maaf, akui tidak berniat cetus kontroversi
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.

Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Peserta Program Jejak Harmoni lawat rumah ibadat agama lain belajar nilai positif - Ago Dagang
Program Jejak Harmoni yang diadakan di ibu negara pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.

Tiada keperluan lantik menteri agama bukan Islam, ada isu boleh bincang - Ago Dagang
Maklum balas itu bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Hal Ehwal Agama: Cadangan MP DAP tidak jadi agenda utama di Mesyuarat Kabinet - Fahmi
Isu mengenai cadangan seorang Ahli Parlimen DAP untuk memecahkan portfolio hal ehwal agama dipecahkan kepada Islam dan bukan Islam tidak menjadi agenda perbincangan utama dalam Mesyuarat Kabinet.

Kementerian Perpaduan terbuka bantu selaras isu berkaitan penganut agama
Menteri Perpaduan Aaron Aro Dagang berkata pihaknya sentiasa terbuka untuk membantu menyelaraskan isu-isu berkaitan penganut agama supaya keharmonian negara terus terjamin dan terpelihara.

KPN laksana program rapatkan jurang sosial, raikan kepelbagaian rakyat - Aaron Ago
Kementerian Perpaduan Negara mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program berasaskan tema untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia.

Kerajaan komited perkukuh perpaduan kaum melalui pelbagai program - Aaron
Bagi tahun 2025, Kementerian Perpaduan Negara telah mengangkat konsep negara bangsa dan tema harmoni dalam kepelbagaian sebagai fokus utama.

KPN akan terus perkukuh usaha tingkatkan kesedaran, kefahaman perpaduan
KPN akan sentiasa pastikan perpaduan terus dipelihara dengan mengambil kira kepelbagaian etnik, budaya dan agama yang jadi asas kekuatan.