KOTA KINABALU: Satu kluster baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah membabitkan 93 orang disahkan positif sehingga hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Jurucakap COVID-19 Sabah itu berkata kluster Lautan Biru Pantai itu, merupakan kluster industri pertahanan melibatkan jangkitan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, dengan kes indeks adalah seorang kru lelaki yang berlepas dari Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada 27 Okt lepas.
Beliau berkata, ketika saringan COVID-19 sebelum berlepas ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar di sini, kes indeks serta semua kru kapal didapati negatif.
"Pada 1 Nov kapal tersebut tiba di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu dan selepas menjalani operasi selama seminggu, kapal kemudian berlayar ke Sandakan dan Tawau, sebelum kembali semula ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu pada 18 Nov.
"Semasa persinggahan, kes indeks dikesan positif COVID-19 menerusi saringan bergejala di Sandakan, manakala satu kes lagi dikesan di Tawau melalui saringan kendiri dan telah menjalani kuarantin di daerah masing-masing," katanya menerusi kenyataan malam ini.
Masidi berkata tiga lagi kes positif dikesan setelah kapal tersebut berlabuh di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, dan saringan bergejala yang dijalankan terhadap 134 kru kapal tersebut mengesan jumlah kumulatif kes kepada 93 orang sehingga hari ini.
Sementara itu, sebanyak 485 kes baharu positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 229,497 kes dengan sembilan kematian dilaporkan, manakala 551 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 218,623 orang dan 1,563 pesakit sedang menerima rawatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Masidi berkata, ketika saringan COVID-19 sebelum berlepas ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar di sini, kes indeks serta semua kru kapal didapati negatif. - Gambar fail

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

COVID-19: 41 kluster masih aktif, dua diisytihar tamat di Sabah
Sebanyak 41 kluster COVID-19 di Sabah masih aktif, manakala dua lagi diisytiharkan tamat pada hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Sabah arah sekolah diisyitihar kluster COVID-19 ditutup serta-merta
Sabah mengarahkan penutupan terhadap sekolah yang diisyitihar sebagai kluster COVID-19, berkuat kuasa serta-merta.

COVID-19: Kluster kru kapal TLDM dikesan libatkan 93 kes
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan dalam kalangan kru kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Sabah membabitkan 93 orang disahkan positif sehingga hari ini.

COVID-19: 14 kluster baharu, 1,068 kluster masih aktif
Johor mencatatkan kluster tertinggi iaitu empat kluster, Selangor tiga kluster, manakala Perak, Kelantan dan Sarawak masing-masing dua kluster dan Kedah hanya satu kluster.

COVID-19: 34 kluster baharu, majoriti dikesan di Johor
10 kluster tempat kerja dilaporkan di Johor, dua kluster masing-masing di Perak dan Pulau Pinang dan masing-masing satu kluster di Kelantan, Sarawak dan Putrajaya.

COVID-19: 30 kluster baharu, 18 dikesan di tempat kerja
10 lagi kluster melibatkan ketegori komuniti dan kami dua kluster adalah dalam kategori kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: 32 kluster baharu, 21 daripadanya kluster tempat kerja
21 kluster berkait tempat kerja, tujuh kluster komuniti dan masing-masing dua kluster melibatkan institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

COVID-19: Tindakan rentas negeri sambut Aidilfitri di Sabah cetus dua kluster
Tindakan merentas negeri bagi meraikan Aidilfitri di Sabah mencetuskan dua kluster COVID-19 iaitu Kluster Abaka di Tawau melibatkan 38 kes positif dan Kluster Melikai di Kuala Penyu dengan 16 kes.

COVID-19: 14 kluster baharu, majoriti institusi pendidikan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, majoriti kluster baharu dari kategori institusi pendidikan.

COVID-19: 8 kluster baharu, libatkan majlis sosial, rumah panjang
Ia menjadikan jumlah kluster yang masih aktif pada ketika ini adalah 343 kluster.