KUALA LUMPUR: Sejumlah 14 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan 340 kluster masih aktif ketika ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, majoriti kluster baharu dari kategori institusi pendidikan.
"Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini ialah 63 kluster dan kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Duan (62 kes), Kluster Kampung Domis (55 kes) dan Kluster Jalan Sulah 16 (42 kes)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Berikut perincian 14 kluster baharu yang dilaporkan hari ini:
KLUSTER TANGOK
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Bachok, Kota Bharu, dan Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-367794) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah institusi pendidikan yang terletak di Kampung Tangok, Bachok. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 139 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER PULAI CHONDONG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Machang, Bachok, dan Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370409) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Pulai Chondong, Machang. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN TAGASAN
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Semporna di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356289) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Tagasan P/S 521, Kampung Tagasan Tani, Semporna. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 109 individu telah disaring, di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN MEDAN ALIFF
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-366648) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Medan Aliff Harmoni 1/2, Taman Damansara Aliff, Johor Bahru. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN WENG
Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Baling di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan bersasar pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Weng, Bongor, Baling. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN HOSPITAL
Kluster sekolah/ institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Pasir Mas di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363861) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Hospital, Kampung Kubang Terap, Pasir Mas. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 525 individu telah disaring, di mana 50 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SUNGAI DUAN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Mukah di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang dijalankan di Sungai Duan, Mukah. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 321 individu telah disaring, di mana 84 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SUNGAI PASSIN
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Matu dan Sibu di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti yang dijalankan di Sungai Passin, Matu. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana 49 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER SUNGAI SELITUT
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Bintulu dan Tatau di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-360130) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Sungai Selitut, Tatau. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN BANDAR UNIVERSITI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Perak Tengah dan Manjung di Perak serta daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-363728) dilaporkan positif COVID-19 pada 13 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang berlangsung pada 26 Mac 2021 di Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN SULAH 16
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Lada Sulah 16/11, Shah Alam, Petaling. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 549 individu telah disaring, di mana 46 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER JALAN CAHAYA BARU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor dan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-364776) dilaporkan positif COVID-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah restoran yang terletak di Jalan Cahaya Baru, Yong Peng, Batu Pahat. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 90 individu telah disaring, di mana20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER CYBER PARK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-375663) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai 4, Kulai. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
KLUSTER BAYAN CENDERAWASIH
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-370264) dilaporkan positif COVID-19 pada 16 April 2021 hasil saringan pra pembedahan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Bayan dan Jalan Cenderawasih, Alor Setar. Sehingga 19 April 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
Selain itu, sejumlah 1,194 kluster telah tamat termasuk12 kluster yang tamat pada hari ini:
1. Kluster Taman Tunku
2. Kluster Jalan Helang
3. Kluster Jalan Delima
4. Kluster Jalan Mega Lima
5. Kluster Jalan Kunci Air
6. Kluster Kampung Nyatoh
7. Kluster Jalan PKNK 1/6
8. Kluster Jalan Sikamat Lama
9. Kluster Batu Empat
10. Kluster Jalan Tun Razak
11. Kluster DTI Machap Umboo
12. Kluster Lagenda Suria
Astro Awani
Mon Apr 19 2021

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, majoriti kluster baharu dari kategori institusi pendidikan. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

KKM batal notifikasi enam produk kosmetik mengandungi racun berjadual
Penjual dan pengedar produk berkenaan perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam meningkat minggu lepas
Kes baharu naik 5.2% (1,367 kepada 1,438 kes), kes sembuh turun 8.8% (1,497 kepada 1,365), kes kematian naik 300% (dua kepada lapan).

Kes denggi meningkat minggu lepas - KKM
Sepanjang tempoh tersebut 2,149 kes demam denggi dilaporkan, meningkat sebanyak 182 kes atau 9.3 peratus.

Kemasukan pesakit COVID-19 ke fasiliti kesihatan menurun 6.5 peratus
Tiada perubahan dari segi peratus pengisian katil fasiliti COVID-19 pada ME 6/2023, berbanding ME 5/2023, bagi katil bukan kritikal.

Malaysia pengerusi mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO buat pertama kali
Malaysia dilantik ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021.

Kes denggi catat penurunan minggu lepas
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 8,968, berbanding 2,948 kes bagi tempoh sama tahun 2022.

Genap tiga tahun negara 'diserang' COVID-19
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan kepada kesemua staf barisan hadapan yang bertungkus-lumus sejak kes pertama dilaporkan.

KKM arah premis ditutup 14 hari berikutan insiden tikus 'jamah' ayam
Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan media memberitahu, lokasi kejadian dikenal pasti di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Ubat batuk, selesema dari India tidak didaftarkan di Malaysia
KKM menerusi NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan berkaitan kejadian ini.

Laporan kesihatan Najib: KKM terikat etika kerahsiaan pesakit - Dr Noor Hisham
Laporan kesihatan Najib hanya boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan oleh badan perundangan itu.